Sabtu, 3 Januari 2009

Maruah

Assalamualaikum semua...

Bagaimana dengan 2009 sahabat-sahabat semua?Sudah mula menampakkan tanda-tanda bahagia dan ketenangan hati?Walau apa pun permulaannya,jangan pernah berputus asa untuk mencapai yang terbaik dalam hidup ini.Kejayaan itu tidak akan datang bergolek jika kita hanya duduk bergoyang kaki tanpa berusaha untuk mencapainya.

Pada kali ini ambo ingin berbicara mengenai maruah...isu yang biasanya bisa membuatkan kita melenting naik darah bila ianya disentuh tanpa hormat.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka,maruah bermaksud harga diri.Ya,harga diri...satu perkara yang sangat kompleks untuk diterjemahkan.Tetapi ambo sering terfikir dimana sebenarnya harga diri itu terletak?Adakah pada anggota badan,pelakuan kita ataupun sebagainya?

Jika dikatakan harga diri ataupun maruah itu terletak pada anggota badan,sering kita terlihat mereka yang menjaja tubuh untuk santapan mata-mata yang tidak jemu-jemu untuk memandang.Dan apabila ditegur sinis,mereka akan berkata seperti ini..."i pon ada maruah,jangan nak cakap yang bukan-bukan macam i ni takde maruah pulak"...

Dan jika dikatakan bahawa maruah ataupun harga diri itu terletak pada perlakuan,boleh dibuat kesimpulan bahawa sebilangan besar anak muda tidak mempunyai maruah.Tidak kurang juga mereka yang sudah berumur yang tidak menjaga perlakuannya.

Tetapi kita cukup sensitif bila ditegur dan berasa seperti orang yang tidak bermaruah tanpa kita semua tahu dimana sebenarnya maruah itu dan apa ertinya maruah itu.Hanya bila rasa dihina,kita merasakan seperti mereka menganggap kita tidak bermaruah.

Kita diberikan akal yang cukup baik untuk berfikir tidak kira lah sama ada kita mempunyai pelajaran yang tinggi ataupun tidak.Gunakanlah akal yang diberikan dengan sebaiknya untuk memelihara maruah diri dengan sebaiknya.Bagaimana untuk memelihara maruah agama dan bangsa jika maruah diri sendiri juga masih belum terjaga???Renung-renungkan...

5 ulasan:

Nadd berkata...

selamat tahun baru 2009. bagus ya tulisan2 ambo.

pasal maruah ni, ianya bermula drpd tanggungjawab ibubapa utk memastikan didikan yang baik untuk anak2. jatidiri yg kuat adalah hasil daripada didikan yg sempurna.

Sarah berkata...

setuju...mempunyai pandangan yg sama dalam masalah ini.tapi terkadang hanya bisa memandang kerana selalu dianggap suara kecil yang belum cukup makan garam.Terimakasih kerana sudi hadir ke blog saya.

Tanpa Nama berkata...

maruah??satu pkataan yg ckup subjektif kte nk rungkaikn..
jdi..sy pun xtau dh kte pe tntg mrauh..pndai2 jela pk sndri..pe gne de akal klau xgne..btl x??

Tanpa Nama berkata...

biar jatuh tangga jangan jatuh maruah.

mrberett berkata...

Sebagai manusia yang dikurniakan akal yang sempurna seharusnya kita mampu berfikir dengan matang tentang apa yang baik mahupun buruk untuk diri kita...