Sabtu, 4 September 2010

Perempuan

KES 1

"Lelaki memang suka mengambil kesempatan ke atas perempuan yang lemah"
Selalu sangat kita dengar tentang golongan perempuan/wanita mengeluh atau menyuarakan tentang lelaki yang selalu mengambil kesempatan (mencabul/merogol) hanya kerana mereka adalah insan yang lemah.

Berbalik kepada perkara asas sebelum membuat tuduhan,perhatikan diri kalian.Bagaimana pakaiannya,bagaimana solekannya,bagaimana perhiasannya,bagaimana harumannya dan bagaimana pergaulannya.

Jujur kita mengalami evolusi dalam cara pemakaian seharian.Jika dulu perempuan-perempuan Melayu kebanyakannya berbaju kurung dan jika berseluar pula tidaklah ketat.

Tetapi cuba kita lihat sekarang,agak jarang untuk kita lihat perempuan berbaju kurung.Yang ada hanya perempuan dengan baju sendat,seluar ketat dan skirt pendek.

Apa yang cuba kalian tunjukkan?Susuk tubuh menawan yang kalian miliki atau sengaja ingin mendapat perhatian dari lelaki?Bukankah tubuh itu adalah untuk pemimpin kalian nanti (suami) ,jadi mengapa mahu di jaja sana sini untuk santapan orang lain?

Berbaju ketat dan berseluar sendat sama saja dengan kalian berjalan tanpa seurat benang pun di badan.Jelas bukan?

Kalian juga seharusnya mengambil berat tentang wangian,solekan dan juga perhiasan yang kalian kenakan.Ini kerana dari wangian,solekan dan perhiasan juga mampu menarik lelaki kearah kejahatan.

Dari segi pergaulan,hendaklah dibataskan sedikit untuk kebaikan bersama.Tidak salah untuk berkawan lelaki dan perempuan tetapi harus ada batasnya.

Jika tidak mahu berpegang kepada adat,ISLAM sudah cukup mengajar tentang semua itu.Selami bagaimana yang terbaik untuk kalian sebenarnya.

Benar lelaki dikurniakan 9 akal dan hanya 1 nafsu tetapi percaya syaitan itu kan ada.Dengan satu itu sudah cukup untuk meruntuhkan iman.


KES 2

"lelaki semuanya penipu,sebab itu saya begini"
Ini alasan yang biasa kita dengar dari perempuan-perempuan yang sudah mengalih minat dan nafsunya kepada perempuan.Dalam erti kata lain,menjadi LESBIAN.

Bagaimana buruknya layanan lelaki kepada kalian bukan sebab untuk kalian jadi begitu.Ingat apa yang kita lakukan adalah kerana itu yang kita mahukan.

Yang peliknya,imej juga diubah menjadi seperti lelaki.Adakah kalian sedang cuba menjadi"lelaki" yang baik hanya kerana semua lelaki tulen yang ada semuanya penipu?

Mengapa tidak dikekalkan saja imej perempuan?Bukan perempuan biasa tetapi perempuan hebat yang mampu mengubah lelaki menjadi seperti yang kalian inginkan.

Tepuk dada tanya selera.

KES 3

"cinta I hanya untuk U sorang b"

Janji manis orang bercinta.Bagai dunia ini mereka yang punya.Segalanya mahu diserahkan.Hati tengah suka la katakan.

Untung bagi lelaki jika mendapat semua cinta yang dikatakan.Mungkin bukan sahaja cinta tetapi tubuh badan juga.

Yang menjadi isu disini bukannya cinta tetapi tubuh badan.Yang dijanjikan kepada lelaki itu adalah cintanya.Sebab itu selalu terjadi sekarang kekasih orang,tunang orang dan tidak ketinggalan juga isteri orang tidur dan berasmara dengan lelaki lain.

Wahai perempuan,jagalah kehormatan dan maruah mu!

Buat lelaki,berjaga-jaga lah.


Nota akhir:
Andai kita benar-benar mencintai seseorang,adakah kita akan meminta "one day break" dari memikirkan tentang pasangan kita?
Jika YA, berikan saya alasannya.

Rabu, 1 September 2010

Laknatullah

Hari ini aku terpanggil untuk menonton sebuah ceramah di youtube.Ceramah yang berkisarkan tentang agama.Tapi ini bukan ceramah yang menceritakan tentang kebesaran agama kita iaitu ISLAM tetapi tentang Kristian.

Mungkin ini perkara biasa bagi kita semua apabila berbicara tentang agama.Yang ISLAM menceritakan tentang kebenaran AL-Quran dan kekurangan Bible.Manakala Kristian pula mempertikaikan tentang ketuhanan ALLAH dah mengagungkan kelelakian Jesus.

Tetapi ada sesuatu yang menarik tentang video yang ku tonton sebentar tadi.Penceramahnya adalah seorang yang berbangsa Melayu,lahirnya dalam ISLAM,dibesarkan dengan ajaran ISLAM,dimasukkan ke Sekolah Agama,pandai mengaji dan faham Bahasa Arab.
Jadi, dari ISLAM-----> Kristian = MURTAD!

Ya,dia seorang yang telah murtad!
Jujur aku katakan aku sangat tersentap bila melihat perkara seperti ini terjadi.
Sudah puas aku dengar tentang anak gadis yang murtad kerana berkasih dengan lelaki kafir laknat.
Sudah selalu kita dengar tentang paderi-paderi dan orang-orang ternama yang masuk islam.
Sudah selalu kita dengar tentang kemenangan ISLAM bila berdebat dengan Kristian.
Kes seperti ini memang jarang kita dengar.

Biarpun aku ini hanya orang biasa.Terlalu banyak kekurangan jika mahu dikatakan sebagai ISLAM sejati,tetapi sekurang-kurangnya teguhkan didalam hati bahawa ISLAM itu agama yang benar.

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH,dan NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH.

berdirilah diatas landasan yang benar.

jika kalian mahu melihat video yang dimaksudkan,disertakan link nya disini:

KATA


*klik untuk imej yang lebih jelas*