Sabtu, 3 Januari 2009

Maruah

Assalamualaikum semua...

Bagaimana dengan 2009 sahabat-sahabat semua?Sudah mula menampakkan tanda-tanda bahagia dan ketenangan hati?Walau apa pun permulaannya,jangan pernah berputus asa untuk mencapai yang terbaik dalam hidup ini.Kejayaan itu tidak akan datang bergolek jika kita hanya duduk bergoyang kaki tanpa berusaha untuk mencapainya.

Pada kali ini ambo ingin berbicara mengenai maruah...isu yang biasanya bisa membuatkan kita melenting naik darah bila ianya disentuh tanpa hormat.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka,maruah bermaksud harga diri.Ya,harga diri...satu perkara yang sangat kompleks untuk diterjemahkan.Tetapi ambo sering terfikir dimana sebenarnya harga diri itu terletak?Adakah pada anggota badan,pelakuan kita ataupun sebagainya?

Jika dikatakan harga diri ataupun maruah itu terletak pada anggota badan,sering kita terlihat mereka yang menjaja tubuh untuk santapan mata-mata yang tidak jemu-jemu untuk memandang.Dan apabila ditegur sinis,mereka akan berkata seperti ini..."i pon ada maruah,jangan nak cakap yang bukan-bukan macam i ni takde maruah pulak"...

Dan jika dikatakan bahawa maruah ataupun harga diri itu terletak pada perlakuan,boleh dibuat kesimpulan bahawa sebilangan besar anak muda tidak mempunyai maruah.Tidak kurang juga mereka yang sudah berumur yang tidak menjaga perlakuannya.

Tetapi kita cukup sensitif bila ditegur dan berasa seperti orang yang tidak bermaruah tanpa kita semua tahu dimana sebenarnya maruah itu dan apa ertinya maruah itu.Hanya bila rasa dihina,kita merasakan seperti mereka menganggap kita tidak bermaruah.

Kita diberikan akal yang cukup baik untuk berfikir tidak kira lah sama ada kita mempunyai pelajaran yang tinggi ataupun tidak.Gunakanlah akal yang diberikan dengan sebaiknya untuk memelihara maruah diri dengan sebaiknya.Bagaimana untuk memelihara maruah agama dan bangsa jika maruah diri sendiri juga masih belum terjaga???Renung-renungkan...

Khamis, 1 Januari 2009

2009 Sudah Tiba

Assalamualaikum semua...

Hadirnya 2009 disambut dengan meriah disetiap pelusuk tempat diseluruh dunia.Di Malaysia,kawasan-kawasan seperti Dataran Merdeka,Bukit Bintang,Klcc dan Putrajaya dibanjiri dengan himpunan manusia yang datang untuk bersama-sama menyambut kehadiran 2009.

Tetapi pada kali ni ambo lansung tidak terasa untuk menyambut tahun baru..agak pelik kerana tahun-tahun yang sudah terlalu bersemangat untuk pergi menyambut kehadiran tahun baru.Mungkin kerana sudah muak dengan kesesakan dan juga mual melihat pelbagai kerenah dan fesyen yang bukan-bukan oleh anak-anak muda yang modelnya pasti remaja berkulit coklat seperti kita.

Walaupun pelbagai dugaan telah dilalui hingga pernah juga terasa seperti dunia ini tidak lagi punya cahaya,ambo cuba untuk bangkit kerana terlalu banyak tanggungjawab yang terpaksa dipikul sepanjang hayat ini.Ya,hidup memang penuh dengan dugaan dan dugaan itu hanya akan datang jika kita mampu mengatasinya.

Buat rakan-rakan yang terasa seperti hidup ini terlalu kejam buat kita,jangan pernah berputus asa kerana kejayaan itu hanya untuk mereka yang tidak jemu berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Semoga 2009 memberi sinar dan harapan baru buat kita semua.

Rabu, 31 Disember 2008

Apa Yang Bakal Terjadi Pada 2009

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...

Maaf kerana terlalu lama menyepi.Bukan kerana sudah tidak mahu menulis tetapi kerana terdapat sedikit gangguan dalam sambungan internet disini.

2008 sudah hampir menutup tirainya dan hanya tinggal beberapa jam saja lagi 2009 akan menggantikan tempat yang telah sedia ada.Terlalu banyak peristiwa yang telah terjadi sekitar 2008 seperti banjir,tanah runtuh,kenaikan harga minyak,masalah perkauman dan juga bermacam-macam lagi.Rasanya seperti lebih banyak pahitnya dari yang manis.Tetapi itu adalah realiti kehidupan.

Dari sudut peribadi ambo sendiri juga banyak dugaan yang telah diterima.Malu untuk dinyatakan apa yang telah terjadi pada diri ambo sekitar 2008 ini tetapi ambo berharap 2009 ini akan memberi satu sinar baru untuk ambo terus gagah berdiri dalam meneruskan hidup yang pastinya tidak lari dari pelbagai dugaan.Yang pasti,sahabat-sahabat sekalian juga ada cerita yang tersendiri tentang apa yang berlaku sepanjang 2008 ini.

Melihat pada sudut pembangunan negara pula,kesan daripada sikap pemimpin yang hanya mementingkan pembangunan dan juga wang semata-mata telah mula dapat dilihat.Sebagai contoh : Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa adalah satu kesan daripada sikap lalai pihak atasan yang tidak memandang kehadapan.Hal ini kerana seperti yang kita sedia maklum disitu adalah kawasan tadahan air tetapi kita telah timbuskan dengan limpahan batu bata untuk membina banglo-banglo mewah disitu.Kesannya tidak dapat dilihat selepas sehari dua banglo-banglo itu dibina,tetapi kesannya dapat dilihat setelah 10-20 tahun banglo-banglo tersebut dibina.Apa yang perlu kita sedari disini,alam tidak pernah menjadi musuh kepada pembangunan kita tetapi kita haruslah bijak memandang jauh kehadapan dengan setiap apa yang ingin kita perlakukan.

Pembangunan sesebuah negara itu tidak boleh dilaksanakan hanya dalam masa satu hari sahaja.Sebaliknya,pelbagai aspek perlu dinilai dahulu seperti apa yang akan terjadi pada 15 tahun akan datang sesudah sesuatu projek itu siap.Sebagai contoh,banyak bandar-bandar besar seperti Berlin,New York dan sebagainya yang tidak mengalami masalah seperti yang kita hadapi sekarang.Hal ini kerana mereka mengambil masa tidak kurang dari 1000 tahun untuk membangunkan bandar-bandar tersebut dan pemimpin-pemimpin mereka sentiasa berfikir tentang implikasi yang bakal terjadi dengan setiap apa yang mereka bina.

Menurut pengkaji-pengkaji,pada 2009 nanti Kuala Lumpur akan mengalami gempa bumi.Hal ini bukan kerana kita terletak pada kawasan gempa bumi,tetapi gempa bumi bakal terjadi kerana pembangunan yang dilakukan secara tidak seimbang dan tanpa berfikir jauh kehadapan.Walau apa pun,kita hanya mampu tunggu dan lihat.Harap-harap hanyalah ramalan yang tidak tepat.

Dari aspek sosial tidak perlu lagi rasanya untuk dibincangkan.Semuanya telah dapat dilihat dengan nyata.Apa yang perlu,kesedaran dalam diri untuk berubah kearah yang lebih baik.Balik kepada yang asal jika terasa seperti terpesong dari jalan yang sepatutnya dilalui.

Apa yang nyata,Malaysia memerlukan pemimpin yang mampu berfikir jauh kehadapan bukan hanya sibuk dengan politik wang.Dan kita sebagai rakyat Malaysia juga bertanggungjawab untuk menjaga maruah negara supaya tidak lagi dipandang rendah oleh negara-negara maju.Untuk anak-anak Melayu,bebaskanlah diri kamu dari pengaruh-pengaruh negatif yang dibawa masuk ke negara ini..semoga 2009 bakal membawa seribu makna dan senyuman kepada kita semua.