Khamis, 6 November 2008

blog-blog baru

assalamualaikum semua...

Apa khabar sahabat-sahabat ambo sekalian?Harap-harap sihat la hendaknya ya..Ambo kat sini macam biasa je.,masih diberikan kesihatan yang baik.

Pada kali ini ambo nak kongsi cerita tentang apa yang ambo buat pada hari ini..

Walaupun dalam bulan peperiksaan,hari ini ambo luangkan masa hanya untuk blog sahaja.Petang tadi ambo dapat email dari admin malayaonline menyatakan bahawa blog ambo telah di setup.Wahh,nampaknya ambo ada blog baru la.Kali ini terpaksa bereksperimen dengan wordpress pula..Agak kekok juga la,dah selalu sangat menggunakan blogspot kan.Ini adalah blog berbayar dimana kita bebas untuk meletakkan apa jua yang kita ingin pada blog itu.Tiada sekatan untuk berblog.Terima kasih diucapkan kepada admin malayaonline.

Memandangkan domain yang digunakan adalah malayaonline,maka ambo pun memilih untuk menamakan blog ambo sebagai melayukini.Baru lah nampak sepadan orang kata kan..hehe.Ini adalah url blog baru ambo..http://melayukini.melayuonline.com.

Apa yang akan ambo tulis pada blog itu?Memandangkan isu bangsa merupakan perkara yang sensitif,maka apa sahaja yang berkaitan dengan melayu akan ambo tuliskan disana.Disini,kita akan berkongsi perkara-perkara yang mampu semua rasai bersama tidak mengira apa jua bangsa.

Bila dapat blog baru tadi,ambo terfikir sendiri..

Mengapa tidak aku sendiri yang beli domain dan hosting?

Lalu ambo bertanya kepada sahabat-sahabat ambo yang lebih arif dalam bidang ini iaitu irfan dan faiz tentang bagaimana untuk beli domain dan hosting sendiri.Alhamdulillah atas tunjuk ajar mereka,ambo berjaya membeli domain sendiri.Website terbaru ini pula merupakan portfolio ambo.Sahabat ambo memberi cabaran kepada ambo..

"Apa guna dslr harga ribu-ribu kalau tak buat portfolio sendiri untuk tunjuk pada orang ramai?"

Memandangkan domain sendiri telahpun dibeli,maka usaha akan dilakukan untuk membangunkan website portfolio ambo.Nantikan kedatangannya ya..hmm,nampaknyer kena kerja lebih untuk keluar "menembak" pula lepas ni...adios