assalamualaikum semua..
Pada kali ini kawan terpanggil untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu yang pasti semua orang tahu ertinya iaitu cinta.
Terasa macam jiwang la pulak bila hendak berbicara soal cinta.Tapi yang pastinya semua orang pasti merasai cinta.Jiwang atau tidak bukan persoalannya..hehe.
Kata orang tua-tua,"dari mata jatuh ke hati".Masih relevan kah dengan keadaan sekarang?Kalau kita lihat zaman dulu-dulu,anak-anak dara hanya duduk di rumah membantu keluarga.Bila tiba masa dan umur yang sesuai,mereka akan dikahwinkan dengan jejaka pilihan keluarga.Tetapi zaman sekarang,masih ada kah anak-anak dara yang mahu jodoh mereka ditentukan oleh keluarga???
Sejak zaman sekolah kita semua sudah mula berjinak-jinak dengan cinta.Pada masa itu walaupun kita menyedari semua itu hanya cinta monyet,dengan bersungguh kita menafikannya.Mungkin faktor usia mengatasi segalanya.Zaman remaja,semuanya mahu di cuba.
Apabila sudah meningkat dewasa barulah kita menyedari semua itu hanya cinta monyet.Tetapi,tidak dinafikan ada yang kekal hingga ke jinjang pelamin.Mungkin kesungguhan yang tinggi dan rasa sayang yang mendalam membuatkan mereka berjaya mengatasi segala cabaran dan rintangan.Bukan mudah untuk mengekalkan satu-satu perhubungan untuk tempoh masa yang panjang.Sedangkan lidah lagikan tergigit,inikan kita pula..dapat fikir kan?hehe
Namun,apa yang cuba diketengahkan disini ialah nilai cinta itu.Semahal manakah kita meletakkan nilai cinta itu?
Seharusnya kita menghargai sesuatu perhubungan itu dengan sebaik-baiknya.Cinta itu harus disulam dengan kasih sayang,keikhlasan dan kejujuran bukannya dengan hawa nafsu dan zahir semata.Apa yang kita lihat sekarang tidak akan kekal lama kerana ini semua hanyalah pinjaman dari yang esa.
Dapat kita lihat di sekeliling,mungkin jiran-jiran dan juga kawan-kawan kita.Bercinta kemudian putus dan mencari pasangan baru.Perkara yang sama berulang sehinggakan kita tidak tahu dimana penghujungnya.Begitu murahkah harga cinta itu sehingga begitu mudah untuk bertukar-tukar pasangan seperti menyalin pakaian harian.
Namun begitu,dalam kita asyik lena bercinta jangan kita lupa untuk mencintai pencipta kita.Manusia mungkin akan meninggalkan kita tetapi jika kita mencintai DIA,pasti terjamin hidup kita.Bukan menghasut untuk tidak bercinta dengan manusia,tetapi jadikanlah DIA cinta yang pertama dan insan yang kita cintai tetap dibawahnya..renung-renungkan.
Jumaat, 21 November 2008
Selasa, 18 November 2008
Berakhirnya Sebuah Penyiksaan
Assalamualaikum semua...
Setelah sekian lama membiarkan blog ini seperti tidak mempunyai tuan punya,kini ambo kembali semula untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan yang ada.
Minggu peperiksaan memang satu period yang sangat menyiksakan bagi kami yang masih bergelar student.Ya..masa ini lah kalau kita hendak tengok ragam-ragam manusia yang dalam kekalutan untuk mengulangkaji pelajaran.Satu sem punya silibus bukan sikit tambah pulak kalau banyak subjek yang diambil..memang confirm serabut.
Kadang-kadang terfikir juga,siape orang yang mula-mula memperkenalkan sistem peperiksaan ni?Mesti die orang yang paling beruntung di dunia ni kerana tidak pernah mengambil peperiksaan..hehe..
Walau apa pun,kepada yang masih ada paper lagi..all da best ok..Jangan jeles sebab ambo dah boleh berblog semula..hehe..Adios

Langgan:
Catatan (Atom)