Jumaat, 21 November 2008

C.I.N.T.A

assalamualaikum semua..

Pada kali ini kawan terpanggil untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu yang pasti semua orang tahu ertinya iaitu cinta.

Terasa macam jiwang la pulak bila hendak berbicara soal cinta.Tapi yang pastinya semua orang pasti merasai cinta.Jiwang atau tidak bukan persoalannya..hehe.

Kata orang tua-tua,"dari mata jatuh ke hati".Masih relevan kah dengan keadaan sekarang?Kalau kita lihat zaman dulu-dulu,anak-anak dara hanya duduk di rumah membantu keluarga.Bila tiba masa dan umur yang sesuai,mereka akan dikahwinkan dengan jejaka pilihan keluarga.Tetapi zaman sekarang,masih ada kah anak-anak dara yang mahu jodoh mereka ditentukan oleh keluarga???

Sejak zaman sekolah kita semua sudah mula berjinak-jinak dengan cinta.Pada masa itu walaupun kita menyedari semua itu hanya cinta monyet,dengan bersungguh kita menafikannya.Mungkin faktor usia mengatasi segalanya.Zaman remaja,semuanya mahu di cuba.

Apabila sudah meningkat dewasa barulah kita menyedari semua itu hanya cinta monyet.Tetapi,tidak dinafikan ada yang kekal hingga ke jinjang pelamin.Mungkin kesungguhan yang tinggi dan rasa sayang yang mendalam membuatkan mereka berjaya mengatasi segala cabaran dan rintangan.Bukan mudah untuk mengekalkan satu-satu perhubungan untuk tempoh masa yang panjang.Sedangkan lidah lagikan tergigit,inikan kita pula..dapat fikir kan?hehe

Namun,apa yang cuba diketengahkan disini ialah nilai cinta itu.Semahal manakah kita meletakkan nilai cinta itu?

Seharusnya kita menghargai sesuatu perhubungan itu dengan sebaik-baiknya.Cinta itu harus disulam dengan kasih sayang,keikhlasan dan kejujuran bukannya dengan hawa nafsu dan zahir semata.Apa yang kita lihat sekarang tidak akan kekal lama kerana ini semua hanyalah pinjaman dari yang esa.

Dapat kita lihat di sekeliling,mungkin jiran-jiran dan juga kawan-kawan kita.Bercinta kemudian putus dan mencari pasangan baru.Perkara yang sama berulang sehinggakan kita tidak tahu dimana penghujungnya.Begitu murahkah harga cinta itu sehingga begitu mudah untuk bertukar-tukar pasangan seperti menyalin pakaian harian.

Namun begitu,dalam kita asyik lena bercinta jangan kita lupa untuk mencintai pencipta kita.Manusia mungkin akan meninggalkan kita tetapi jika kita mencintai DIA,pasti terjamin hidup kita.Bukan menghasut untuk tidak bercinta dengan manusia,tetapi jadikanlah DIA cinta yang pertama dan insan yang kita cintai tetap dibawahnya..renung-renungkan.

8 ulasan:

aisHa 'S' berkata...

wah...
ayat makin power ye skrg..
hehe....
berapa nilai cinta kita..
hurm..
persoalan di hati....
apa2 pun...
post ni sgt bermakna...
haha....
sudah ku dapat sedikit jawapannye...
kenapa erk smpai skrg masih solo..

dush2....
adoi..

Roxy berkata...

i setuju!!

=)

aisHa 'S' berkata...

klo 1pihak yer yg menghargai cinta tu apa gunanya yer..?

Tanpa Nama berkata...

Fuhh. Sekali terjelepuk di tangga cinta, boleh terhunjam ke lembah yang melemahkan.

Aku tak pernah rasa gayut-gayut cinta monyet, tapi aku tahu kenangan itu pasti indah. Sayangnya semua itu cuma persinggahan kita di alam remaja.

p/s: En Beret makin matang dalam bercinta, atau dalam memegang tinta, ya? Ecehhh...

*SiRibenMerah berkata...

salam..
isu yg best..
kadang2 kalo kita da terlepas chenta seseorang, bila kita kehilangan dia baru kita dapat lebih menghargai nilai chenta tuh.. chenta lama berputik kembali.. semakin berkilauan digilap keikhlasan..
saat neh baru sesuai tanya.. sedalam mana cintamu??
wahahahahaha...=P~

Tanpa Nama berkata...

musim bah ni hangat bercinta ke bro? dah ejas awak punya melayukini....boleh setat dah tu

Bro Framestone berkata...

peh..dah maju dah budak nie ek

mrberett berkata...

pengalaman mematangkan kita dalam semua aspek yang kita ceburi...