Assalamualaikum kawan-kawan sekalian..
Bertemu lagi kita denga satu lagi citer baru dari ambo.Mungkin ramai yang dah mula bosan dengan blog ni.Yerla kan,bile datang je asyik-asyik nampak pos yang sama saja.Mesti la naik muak kan,samala macam hari-hari makan lauk ikan goreng je.Mesti tekak pun naik mual,btol tak???Bak kate ipin..btoi btoi btoi..hehe
Ok..bila tengok je gamba kat atas tu mesti semua dah tahu apa yang nak diceritakan kat sini kan???Yup..apa yang nak diceritakan pada pos kali adalah berkenaan dengan GLOBAL PEACE FESTIVAL 2008.
Global Peace Festival ini diadakan pada 19 oktober 2008 (hari ini) bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil.Acara bermula dari jam 3 petang sehinggalah 6.30 petang (mengikut jadual).
Kita start cerita dari luar stadium dulu ya..sampai- sampai je dekat sana agak terperanjat juga la sebab ramai betul orang.Bas pulak bersusun-susun menghantar para pengunjung.Tidak terkecuali juga ada yang datang secara sendiri.Jalan boleh dikatakan agak sesak..Tapi dengan adanya bantuan daripada para sukarelawan,keadaan trafik agak terkawal.Terima kasih ya abang-abang sukarelawan.Sesungguhnya jasa itu tidak dapat dilihat jika manusia itu tidak cuba meletak diri mereka di tempat kamu.
Setibanya di perkarangan stadium,kelihatan banyak booth menjual dan mempromosi aneka barangan.Ada juga booth untuk gang-gang basikal lasak..alaa,basikal yang orang main buat lumba dalam hutan tu,mesti tahu macam mana kan???Tidak terkecuali juga minuman-minuman percuma yang disediakan oleh pihak Nescafe dan juga Milo.Memang betul-betul berfungsi kewujudan mereka disitu kerana cuaca boleh dikatakan agak panas terik sehingga menyilaukan mata ambo dan menghauskan tekak.Dah la ambo ni tak tahan dengan silau.
Sebenarnya sampai-sampai je dekat situ,ada sorang yang ambo carik.Orang yang ambo carik itu ialah blogger yang kita semua kenali iaitu saudara BELIBUY.Tapi puas pusing-pusing tetap tidak berjumpa dengan beliau.Bukan apa,dulu beliau pernah promosi tiket untuk festival ni pada ambo,tapi ambo cakap tak boleh nak pegi.Tapi nak buat macam mana kan,kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan.Tiba-tiba je ambo terpilih untuk pergi kesana.Semuanya atas pengurusan pihak UPNM,tempat ambo menuntut ilmu sekarang ini.
Selesai melawati setiap booth yang ada disekitar stadium,ambo pon masuk ke dalam.Apa yang boleh dikatakan di sini,layanan yang diberikan cukup istimewa oleh pihak penganjur.Semuanya ramah-ramah belaka dan sentiasa tersenyum mengalu-alukan kedatangan para pengunjung.Sesuatu yang jarang dapat dilihat pada acara-acara yang besar seperti ini.
Setelah mendapat tempat duduk,kelihatan begitu ramai para hadirinsedang asyik menonton sambil bersorak kepada anak-anak muda yang sedang membuat persembahan break dance.Teringat pulak zaman sekolah dulu,masa tu semangat betol berlatih break dance sampai luka-luka sebab terjatuh..hehe.Zaman tu pakai seluar pon nak yang besar-besar je.. :)
Selesai acara break dance tu,disambung pula dengan tarian dari kaum india.Tak tahu la pulak apa nama tarian tu..Tapi agak meneronokkan bila tengok diorang beraksi di atas pentas dengan penuh yakinnya.Banyak lagi acara selepas itu yang tidak dapat ambo nak huraikan disini.Apa yang mampu ambo cakap ialah ada artis seperti Ning Baizura dan juga penari-penari yang turut hadir menghiburkan para pengunjung.
Acara disambung dengan ucapan-ucapan dari mereka yang berusaha menjayakan festival ini.Apa yang menarik di sini ialah apabila tiba waktu angkasawan pertama Malaysia,Dato' Sheikh Muzaffar menyampaikan ucapan beliau.Para hadirin bersorak dengan penuh semangat apabila beliau naik keatas pentas untuk membuat ucapan.Beliau kelihatan agak kekok untuk berucap dalam bahasa melayu.tetapi apabila bertukar kepada bahasa inggeris,pertuturan menjadi begitu lancar sekali.Ada sesuatu yang membuat ambo tertarik pada ucapan beliau,iaitu apabila beliau menceritakan pengalaman semasa berada di angkasa lepas.Beliau berkata,apabila sampai di angkasa lepas sana,bumi yang kita tinggal ini kelihatan begitu kecil dan membuat beliau terfikir mengapa mesti kita sebagai penduduk bumi ini harus berperang,membunuh nyawa-nyawa yang tidak bersalah dan melakukan kerosakan???Ambo terdiam seketika memikirkan kata-kata beliau itu.Ya,mengapa tidak kita sebagai penduduk di bumi ini hidup seperti satu keluarga yang berlindung di bawah satu bumbung.Bukankah itu lebih baik dari kita bermusuh antara satu sama lain sehingga mengorbankan nyawa-nyawa yang tidak bersalah dan memusnahkan alam yang telah dicipta oleh tuhan dengan indah sekali..cuba kita sama-sama renungkan.
Selesai ucapan dari beliau,disambung pula dengan ucapan dari presiden untuk festival ini.Tapi belom sempat beliau menghabiskan ucapan,ambo terpakse mengangkat punggung.Bukan tidak berminat untuk mendengan ucapan dari beliau,tapi bas telah pun menanti kami untuk membawa kami pulang semula ke UPNM.
Apa yang dapat dikatakan disini,niat mengadakan Global Peace Festival ini sungguh suci dan mampu menyedarkan mereka yang hadir tentang pentingnya keamanan didunia yang kita duduki ini.Tetapi,jika kita semua mempunyai kesedaran sivik tentang hal ini sejak dari awalnya,mungkin acara sebegini tidak akan diadakan.Apabila perang dan penindasan semakin menjadi-jadi,maka acara sebegini terpaksa diadakan untuk menyedarkan banyak pihak.
Terlupa pula ambo untuk menyatakan di atas bahwa bukan hanya rakyat malaysia yang menghadiri acara ini.Terdapat juga hadirin dari luar negara seperti Thailand,Indonesia,Singapura,Kanada,USA,Korea,Jepun dan juga banyak lagi yang tidak dapat ambo nyatakan disini.
Rasanya sudah terlalu banyak ambo berceloteh disini.Cukup rasanya sampai disini dahulu.Di harap dapat memberi sedikit kesedaran kepada merekan yang membaca pos ini.Apa gunanya jika ilmu setinggi langit tetapi pemikiran dan perlakuan seperti mereka yang tidak berilmu..Mari kita sama-sama renungkan demi keamanan dan juga kesejahteraan dunia yang kita diami ini..Adios
p/s: ambo cuba untuk menggunakan bahasa yang betul bagi mengelakkan kurangnya nilai bahasa yang kita sayangi ini..