Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...
Maaf kerana terlalu lama menyepi.Bukan kerana sudah tidak mahu menulis tetapi kerana terdapat sedikit gangguan dalam sambungan internet disini.
2008 sudah hampir menutup tirainya dan hanya tinggal beberapa jam saja lagi 2009 akan menggantikan tempat yang telah sedia ada.Terlalu banyak peristiwa yang telah terjadi sekitar 2008 seperti banjir,tanah runtuh,kenaikan harga minyak,masalah perkauman dan juga bermacam-macam lagi.Rasanya seperti lebih banyak pahitnya dari yang manis.Tetapi itu adalah realiti kehidupan.
Dari sudut peribadi ambo sendiri juga banyak dugaan yang telah diterima.Malu untuk dinyatakan apa yang telah terjadi pada diri ambo sekitar 2008 ini tetapi ambo berharap 2009 ini akan memberi satu sinar baru untuk ambo terus gagah berdiri dalam meneruskan hidup yang pastinya tidak lari dari pelbagai dugaan.Yang pasti,sahabat-sahabat sekalian juga ada cerita yang tersendiri tentang apa yang berlaku sepanjang 2008 ini.
Melihat pada sudut pembangunan negara pula,kesan daripada sikap pemimpin yang hanya mementingkan pembangunan dan juga wang semata-mata telah mula dapat dilihat.Sebagai contoh : Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa adalah satu kesan daripada sikap lalai pihak atasan yang tidak memandang kehadapan.Hal ini kerana seperti yang kita sedia maklum disitu adalah kawasan tadahan air tetapi kita telah timbuskan dengan limpahan batu bata untuk membina banglo-banglo mewah disitu.Kesannya tidak dapat dilihat selepas sehari dua banglo-banglo itu dibina,tetapi kesannya dapat dilihat setelah 10-20 tahun banglo-banglo tersebut dibina.Apa yang perlu kita sedari disini,alam tidak pernah menjadi musuh kepada pembangunan kita tetapi kita haruslah bijak memandang jauh kehadapan dengan setiap apa yang ingin kita perlakukan.
Pembangunan sesebuah negara itu tidak boleh dilaksanakan hanya dalam masa satu hari sahaja.Sebaliknya,pelbagai aspek perlu dinilai dahulu seperti apa yang akan terjadi pada 15 tahun akan datang sesudah sesuatu projek itu siap.Sebagai contoh,banyak bandar-bandar besar seperti Berlin,New York dan sebagainya yang tidak mengalami masalah seperti yang kita hadapi sekarang.Hal ini kerana mereka mengambil masa tidak kurang dari 1000 tahun untuk membangunkan bandar-bandar tersebut dan pemimpin-pemimpin mereka sentiasa berfikir tentang implikasi yang bakal terjadi dengan setiap apa yang mereka bina.
Menurut pengkaji-pengkaji,pada 2009 nanti Kuala Lumpur akan mengalami gempa bumi.Hal ini bukan kerana kita terletak pada kawasan gempa bumi,tetapi gempa bumi bakal terjadi kerana pembangunan yang dilakukan secara tidak seimbang dan tanpa berfikir jauh kehadapan.Walau apa pun,kita hanya mampu tunggu dan lihat.Harap-harap hanyalah ramalan yang tidak tepat.
Dari aspek sosial tidak perlu lagi rasanya untuk dibincangkan.Semuanya telah dapat dilihat dengan nyata.Apa yang perlu,kesedaran dalam diri untuk berubah kearah yang lebih baik.Balik kepada yang asal jika terasa seperti terpesong dari jalan yang sepatutnya dilalui.
Apa yang nyata,Malaysia memerlukan pemimpin yang mampu berfikir jauh kehadapan bukan hanya sibuk dengan politik wang.Dan kita sebagai rakyat Malaysia juga bertanggungjawab untuk menjaga maruah negara supaya tidak lagi dipandang rendah oleh negara-negara maju.Untuk anak-anak Melayu,bebaskanlah diri kamu dari pengaruh-pengaruh negatif yang dibawa masuk ke negara ini..semoga 2009 bakal membawa seribu makna dan senyuman kepada kita semua.
3 ulasan:
Selamat Tahun Baru 2009 Helmi...
Jadikan apa yang berlaku tahun ini pengajaran dan yang akan berlaku pada 2009 itu cabaran.. =)
makin matang pemikiran dan penulisan ko..teruskan...
liku-liku hidup banyak mengajar untuk menjadi seorang yang lebih matang menjalani hidup
Catat Ulasan