Sabtu, 20 Disember 2008

Pemikiran NEGATIF segelintir dari kita

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..

Sewaktu artikel ini ditulis,ambo baru sahaja pulang dari ofis.Jam sekarang menunjukkan pukul 4.30 pagi..Wahh,ofis apa sampai jam 4.30 pagi kan..?Yup,ambo sekarang sedang sibuk mencari duit untuk kesenangan masa depan dan juga membantu keluarga ambo yang sederhana saja hidupnya.Ya,sampai ke mati tidak akan terbalas jasa kedua orang tua kita..Tetapi walaupun setitik pertolongan yang diberikan dengan seribu keikhlasan,itu sudah memadai untuk menunjukkan yang kita menghargai setiap pengorbanan yang mereka lakukan demi kita.Sesungguhnya keikhlasan adalah sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit kerana ianya datang dari dalam hati kita.

Menyentuh soal pemikiran NEGATIF segelintir dari kita..Kita yang ambo maksudkan disini adalah MELAYU.

Apa yang negatif???

Apa yang ambo cuba utarakan disini ialah semakin ramai diantara kita yang semakin menternak penyakit M...Apa penyakit M tu?

Penyakit yang paling utama ialah MALAS!!!
Ya,semakin ramai yang malas diantara kita sekarang ini.Mahukan wang ringgit yang berlimpah tetapi bila bercerita tentang usaha,semuanya menunduk diam dan lidah terkelu seperti orang bisu.Kita perlu ingat kejayaan itu tidak akan datang tanpa usaha.Jangan hanya mengharapkan nasib yang baik sahaja.Sebaliknya,usaha yang gigih perlu dilakukan dan diikuti dengan tawakal kepada yang Maha Pencipta.Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri.

Penyakit kedua yang ketara sekarang ini ialah MALU!!!
Segelintir dari kita kini malu untuk menjadi pekerja kelas bawahan seperti security guard,pekerja di stesen minyak,kedai makan dan juga banyak lagi dengan alasan kerja-kerja seperti itu adalah low standard.Akhirnya,pendatang dari luar seperti Mat Bangla,Indon yang bekerja disitu kerana mereka tidak memilih kerja.Tetapi kita mula bising..."Ramai tol diorang kat sini..sampai pak guard pon diorang,pam minyak pon diorang,kedai makan pon diorang,..semua diorang"...Jadi,siapa yang harus dipersalahkan???Jika kita telah memenuhi setiap peluang pekerjaan yang ada,tidak mungkin mereka akan datang bekerja disini.Mereka datang kerana mereka tahu ada peluang pekerjaan yang baik disini.Tetapi kita,lebih rela menganggur dari bekerja yang diangap sebagai low standard.

Jika di negara-negara maju,ramai yang menganggur walaupun mereka mempunyai pelajaran yang tinggi sehinggakan ada lepasan universiti disana yang sanggup untuk menjadi pelakon video lucah walaupun dia adalah seorang yang berilmu.Malaysia juga akan mengalami nasib yang sama..tetapi ramai penganggur bukan kerana tiada peluang pekerjaan tetapi adalah kerana malas dan malu untuk bekerja yang dianggap low standard itu.

Sebelum itu,apa yang ambo tuliskan disini adalah apa yang ambo sendiri pernah lalui dan bukan cerita yang hanya direka untuk keseronokan menulis.

Ambo berikan dua contoh disini....Ambo bertanya kepada kawan ambo,
"kenapa tak nak bukak kedai makan???"
Jawapannya..."banyak persaingan la,mamak dah kuasai market..susah nak carik makan"..sebenarnya itu adalah jawapan dari orang yang malas dan tak berani mencuba.

Ambo tanyakan soalan kepada kawan yang kedua pula.
"Kenapa tak nak kerja dekat ofis tu?"
Dan jawapan dia..."hari Sabtu pun kene kerja la..dah macam Mat Bangla la pulak"
Persoalan disini,hinakah mencari rezeki yang halal pada hari Sabtu???

Dua contoh itu rasanya mampu membuat kita berfikir sejenak dimana harus kita letakkan diri kita.Gunakan akal yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk berfikir secara waras dan matang.

Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan dan jangan pernah berputus asa.Sesungguhnya setiap perkara baik yang dilakukan pasti ada ganjarannya.Mungkin bukan hari ini ataupun esok..Tapi siapa tahu suatu hari nanti kita dapat ganjarannya..Sesungguhnya Pencipta itu maha mengetahui dan juga maha adil...Adios

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penyakit M ni memang dah slalu sgt dah kene.. huhuhu
takleh mau kontrol la..
so doktor ada cara-cara nak mengatasinya tak?

mrberett berkata...

tula..penyelesaian pada diri sendiri sebenarnya

MOLY berkata...

bab malas tuh mmg saya setuju ....
:)

Tanpa Nama berkata...

Wah, kau kerja apa sampai 4.30 pagi? Memang betul bersungguh-sungguh orangnya ni.

Nak tambah lagi satu penyakit M, iaitu MARAH. Cepat saja melenting bila isu hak milikan dipersoalkan, sedangkan tak pernah beralasan kukuh bahawa mengapa Melayu itu istimewa, dengan menunjukkan contoh terbaik. Sayang. Seribu kali sayang.

mrberett berkata...

ya..seharusnya kita menunjukkan keistimewaan yang kita miliki bukan dengan hanya duduk goyang kaki sambil minum kopi