Assalamualaikum para sahabat-sahabat internetku...
Sepuluh jari disusun untuk memohon maaf kerana terlalu lama membiarkan blog ini tidak berpenghuni dan tidak mengunjungi blog sahabat-sahabat sekalian.
Bukan bermaksud untuk melupakan sahabat-sahabat yang ada,tetapi atas sedikit kesibukan dan masalah,ambo terpaksa membiarkan blog ini buat sementara waktu seperti tidak berpunya.
Sebenarnya,ambo ada sedikit masalah peribadi yang membuatkan ambo tidak mempunyai masa untuk duduk menulis didepan laptop.Nampaknya masalah itu semakin dapat diatasi sekarang dan dapat lah meluangkan sedikit masa untuk kembali menulis.
Selepas ini mungkin ambo akan berhijrah ke UTM Skudai pula kerana kekurangan pensyarah disini.Nampaknya terpaksa balik ke kampung halaman semula la..Baru je nak merasa jadik perantau.Seronok bila naik bas balik kampung waktu raya..Macam-macam rasa ada masa tu.Kalau dapat pergi luar negara mesti lagi seronok kan?Tula,dulu dapat jual mahal..nak duduk Malaysia jela konon..hehe
Satu lagi berita terbaru,website livedslr telah pon di upload gambar-gambar.Jadi boleh la datang mengunjungi galeri ambo.Ini alamatnya, http://livedslr.com
Seperkara lagi jangan lupa untuk sentiasa memberi sokongan kepada website Melayukini ya..kepada sesiapa yang terasa hendak menulis disitu boleh menghubungi ambo melalui blog ini..Adios
Tiada ulasan:
Catat Ulasan