Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...
Buat pertama kalinya ambo telah pun menukar layout blog ini setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia blog.Rasanya layout baru ini kelihatan lebih menarik dari yang lama.Kelihatan lebih tenang dan juga lebih matang.
Ada cerita disebalik apa yang berlaku.Ini adalah kali pertama ambo belajar mengubah layout sambil bermain dengan kod-kod html.Agak memeningkan dan juga membuat tekak berasa mual kerana terlalu lama menghadap laptop.Almaklumlah pertama kali mencuba sendiri tanpa bantuan sesiapa.Ya,ilmu itu perlu dicari dan hari ini ambo telah belajar satu lagi ilmu baru dalam dunia blog.Mungkin terlambat dari yang lain tetapi ambo akhirnya telah mencuba sendiri dan mendapat hasilnya.Terima kasih diucapkan kepada sahabat ambo iaitu saudara irfan kerana telah "menyuruh" ambo untuk mendapatkan layout blog yang kelihatan lebih cerah dan mesra kepada pembaca.
Dengan ilmu yang diperolehi ini ambo telah pun membuat satu penghijrahan seperti apa yang sahabat-sahabat boleh lihat sekarang ini.Ya,hijrah ke arah yang lebih baik itu perlu untuk kejayaan hidup.Pastikan supaya hari ini lebih baik dari hari semalam.Semuanya telah tersedia dan kita hanya perlu berusaha untuk mencapai kejayaan yang diinginkan.
Moral dari apa yang cuba ambo sampaikan disini ialah jangan pernah putus asa untuk mencari ilmu kerana semakin banyak yang kita pelajari kita akan sedar banyak lagi perkara yang belum kita ketahui dan jangan takut untuk berhijrah kearah kebaikan.Berani untuk gagal dalam usaha mencapai sesuatu kejayaan itu perlu..Adios
Tiada ulasan:
Catat Ulasan