Sabtu, 4 September 2010

Perempuan

KES 1

"Lelaki memang suka mengambil kesempatan ke atas perempuan yang lemah"
Selalu sangat kita dengar tentang golongan perempuan/wanita mengeluh atau menyuarakan tentang lelaki yang selalu mengambil kesempatan (mencabul/merogol) hanya kerana mereka adalah insan yang lemah.

Berbalik kepada perkara asas sebelum membuat tuduhan,perhatikan diri kalian.Bagaimana pakaiannya,bagaimana solekannya,bagaimana perhiasannya,bagaimana harumannya dan bagaimana pergaulannya.

Jujur kita mengalami evolusi dalam cara pemakaian seharian.Jika dulu perempuan-perempuan Melayu kebanyakannya berbaju kurung dan jika berseluar pula tidaklah ketat.

Tetapi cuba kita lihat sekarang,agak jarang untuk kita lihat perempuan berbaju kurung.Yang ada hanya perempuan dengan baju sendat,seluar ketat dan skirt pendek.

Apa yang cuba kalian tunjukkan?Susuk tubuh menawan yang kalian miliki atau sengaja ingin mendapat perhatian dari lelaki?Bukankah tubuh itu adalah untuk pemimpin kalian nanti (suami) ,jadi mengapa mahu di jaja sana sini untuk santapan orang lain?

Berbaju ketat dan berseluar sendat sama saja dengan kalian berjalan tanpa seurat benang pun di badan.Jelas bukan?

Kalian juga seharusnya mengambil berat tentang wangian,solekan dan juga perhiasan yang kalian kenakan.Ini kerana dari wangian,solekan dan perhiasan juga mampu menarik lelaki kearah kejahatan.

Dari segi pergaulan,hendaklah dibataskan sedikit untuk kebaikan bersama.Tidak salah untuk berkawan lelaki dan perempuan tetapi harus ada batasnya.

Jika tidak mahu berpegang kepada adat,ISLAM sudah cukup mengajar tentang semua itu.Selami bagaimana yang terbaik untuk kalian sebenarnya.

Benar lelaki dikurniakan 9 akal dan hanya 1 nafsu tetapi percaya syaitan itu kan ada.Dengan satu itu sudah cukup untuk meruntuhkan iman.


KES 2

"lelaki semuanya penipu,sebab itu saya begini"
Ini alasan yang biasa kita dengar dari perempuan-perempuan yang sudah mengalih minat dan nafsunya kepada perempuan.Dalam erti kata lain,menjadi LESBIAN.

Bagaimana buruknya layanan lelaki kepada kalian bukan sebab untuk kalian jadi begitu.Ingat apa yang kita lakukan adalah kerana itu yang kita mahukan.

Yang peliknya,imej juga diubah menjadi seperti lelaki.Adakah kalian sedang cuba menjadi"lelaki" yang baik hanya kerana semua lelaki tulen yang ada semuanya penipu?

Mengapa tidak dikekalkan saja imej perempuan?Bukan perempuan biasa tetapi perempuan hebat yang mampu mengubah lelaki menjadi seperti yang kalian inginkan.

Tepuk dada tanya selera.

KES 3

"cinta I hanya untuk U sorang b"

Janji manis orang bercinta.Bagai dunia ini mereka yang punya.Segalanya mahu diserahkan.Hati tengah suka la katakan.

Untung bagi lelaki jika mendapat semua cinta yang dikatakan.Mungkin bukan sahaja cinta tetapi tubuh badan juga.

Yang menjadi isu disini bukannya cinta tetapi tubuh badan.Yang dijanjikan kepada lelaki itu adalah cintanya.Sebab itu selalu terjadi sekarang kekasih orang,tunang orang dan tidak ketinggalan juga isteri orang tidur dan berasmara dengan lelaki lain.

Wahai perempuan,jagalah kehormatan dan maruah mu!

Buat lelaki,berjaga-jaga lah.


Nota akhir:
Andai kita benar-benar mencintai seseorang,adakah kita akan meminta "one day break" dari memikirkan tentang pasangan kita?
Jika YA, berikan saya alasannya.

1 ulasan:

♥syiba♥ berkata...

kalo btol la kite mencintai seseorang xkn ade istilah pisah dan putus dlm kepala otak kite..so,kalo ade istilah one day break tu bukan cinta sejati la namenye..;)