Jumaat, 29 Oktober 2010

manusia

"tidak sempurna seseorang manusia yang berilmu setinggi langit selagi tidak berakal panjang"

Rabu, 8 September 2010

Ahad, 5 September 2010

Lelaki dan Perempuan di Malaysia

Bila kena ngurat:
"memang dasar lelaki suka menggatal"

Bila putus cinta:

"dasar lelaki,habis madu sepah dibuang"

Bila bercerai:

"dasar lelaki tak bertanggungjawab"


Pemikiran normal rakyat Malaysia terhadap lelaki dan perempuan.
Ada benar dan ada tidaknya...
Kalau tak,masakan jadi perkara seperti ini

"awek aku tidur ngan member aku la bro"

"tunang saya tidur dengan lelaki tu sebab dia kaya"

"anak saya nampak isteri saya buat seks dengan lelaki lain ketika saya ditempat kerja"


Kepada rakyat Malaysia,buka kotak minda kalian.

Ini bukan 1950 yang mana adat sopan dijunjung tinggi dalam diri.

Sabtu, 4 September 2010

Perempuan

KES 1

"Lelaki memang suka mengambil kesempatan ke atas perempuan yang lemah"
Selalu sangat kita dengar tentang golongan perempuan/wanita mengeluh atau menyuarakan tentang lelaki yang selalu mengambil kesempatan (mencabul/merogol) hanya kerana mereka adalah insan yang lemah.

Berbalik kepada perkara asas sebelum membuat tuduhan,perhatikan diri kalian.Bagaimana pakaiannya,bagaimana solekannya,bagaimana perhiasannya,bagaimana harumannya dan bagaimana pergaulannya.

Jujur kita mengalami evolusi dalam cara pemakaian seharian.Jika dulu perempuan-perempuan Melayu kebanyakannya berbaju kurung dan jika berseluar pula tidaklah ketat.

Tetapi cuba kita lihat sekarang,agak jarang untuk kita lihat perempuan berbaju kurung.Yang ada hanya perempuan dengan baju sendat,seluar ketat dan skirt pendek.

Apa yang cuba kalian tunjukkan?Susuk tubuh menawan yang kalian miliki atau sengaja ingin mendapat perhatian dari lelaki?Bukankah tubuh itu adalah untuk pemimpin kalian nanti (suami) ,jadi mengapa mahu di jaja sana sini untuk santapan orang lain?

Berbaju ketat dan berseluar sendat sama saja dengan kalian berjalan tanpa seurat benang pun di badan.Jelas bukan?

Kalian juga seharusnya mengambil berat tentang wangian,solekan dan juga perhiasan yang kalian kenakan.Ini kerana dari wangian,solekan dan perhiasan juga mampu menarik lelaki kearah kejahatan.

Dari segi pergaulan,hendaklah dibataskan sedikit untuk kebaikan bersama.Tidak salah untuk berkawan lelaki dan perempuan tetapi harus ada batasnya.

Jika tidak mahu berpegang kepada adat,ISLAM sudah cukup mengajar tentang semua itu.Selami bagaimana yang terbaik untuk kalian sebenarnya.

Benar lelaki dikurniakan 9 akal dan hanya 1 nafsu tetapi percaya syaitan itu kan ada.Dengan satu itu sudah cukup untuk meruntuhkan iman.


KES 2

"lelaki semuanya penipu,sebab itu saya begini"
Ini alasan yang biasa kita dengar dari perempuan-perempuan yang sudah mengalih minat dan nafsunya kepada perempuan.Dalam erti kata lain,menjadi LESBIAN.

Bagaimana buruknya layanan lelaki kepada kalian bukan sebab untuk kalian jadi begitu.Ingat apa yang kita lakukan adalah kerana itu yang kita mahukan.

Yang peliknya,imej juga diubah menjadi seperti lelaki.Adakah kalian sedang cuba menjadi"lelaki" yang baik hanya kerana semua lelaki tulen yang ada semuanya penipu?

Mengapa tidak dikekalkan saja imej perempuan?Bukan perempuan biasa tetapi perempuan hebat yang mampu mengubah lelaki menjadi seperti yang kalian inginkan.

Tepuk dada tanya selera.

KES 3

"cinta I hanya untuk U sorang b"

Janji manis orang bercinta.Bagai dunia ini mereka yang punya.Segalanya mahu diserahkan.Hati tengah suka la katakan.

Untung bagi lelaki jika mendapat semua cinta yang dikatakan.Mungkin bukan sahaja cinta tetapi tubuh badan juga.

Yang menjadi isu disini bukannya cinta tetapi tubuh badan.Yang dijanjikan kepada lelaki itu adalah cintanya.Sebab itu selalu terjadi sekarang kekasih orang,tunang orang dan tidak ketinggalan juga isteri orang tidur dan berasmara dengan lelaki lain.

Wahai perempuan,jagalah kehormatan dan maruah mu!

Buat lelaki,berjaga-jaga lah.


Nota akhir:
Andai kita benar-benar mencintai seseorang,adakah kita akan meminta "one day break" dari memikirkan tentang pasangan kita?
Jika YA, berikan saya alasannya.

Rabu, 1 September 2010

Laknatullah

Hari ini aku terpanggil untuk menonton sebuah ceramah di youtube.Ceramah yang berkisarkan tentang agama.Tapi ini bukan ceramah yang menceritakan tentang kebesaran agama kita iaitu ISLAM tetapi tentang Kristian.

Mungkin ini perkara biasa bagi kita semua apabila berbicara tentang agama.Yang ISLAM menceritakan tentang kebenaran AL-Quran dan kekurangan Bible.Manakala Kristian pula mempertikaikan tentang ketuhanan ALLAH dah mengagungkan kelelakian Jesus.

Tetapi ada sesuatu yang menarik tentang video yang ku tonton sebentar tadi.Penceramahnya adalah seorang yang berbangsa Melayu,lahirnya dalam ISLAM,dibesarkan dengan ajaran ISLAM,dimasukkan ke Sekolah Agama,pandai mengaji dan faham Bahasa Arab.
Jadi, dari ISLAM-----> Kristian = MURTAD!

Ya,dia seorang yang telah murtad!
Jujur aku katakan aku sangat tersentap bila melihat perkara seperti ini terjadi.
Sudah puas aku dengar tentang anak gadis yang murtad kerana berkasih dengan lelaki kafir laknat.
Sudah selalu kita dengar tentang paderi-paderi dan orang-orang ternama yang masuk islam.
Sudah selalu kita dengar tentang kemenangan ISLAM bila berdebat dengan Kristian.
Kes seperti ini memang jarang kita dengar.

Biarpun aku ini hanya orang biasa.Terlalu banyak kekurangan jika mahu dikatakan sebagai ISLAM sejati,tetapi sekurang-kurangnya teguhkan didalam hati bahawa ISLAM itu agama yang benar.

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH,dan NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH.

berdirilah diatas landasan yang benar.

jika kalian mahu melihat video yang dimaksudkan,disertakan link nya disini:

KATA


*klik untuk imej yang lebih jelas*

Selasa, 17 Ogos 2010

miskin






*klik untuk bacaan yang lebih jelas

dapat juga merasa

akhirnya dapat juga bak merasa pakai jubah ni...
takpela bak,bak dah buktikan pun...
walaupun tak belajar tinggi...
tak semestinya tak boleh berjaya dalam hidup...
kami tetap ada disisi
dengan penuh rasa bangga
punya bapa seperti bak.

Ahad, 15 Ogos 2010

maaf saya bukan penulis yang rajin

awal mula pertama mula, selamat menyambut bulan Ramadhan...

hanya satu tujuan entri pada kali ini

untuk memberitahu yang saya bukanlah seorang penulis yang rajin menulis :D

so, kalau rasa nak datang sini...baca la..mungkin kena baca entri yang sama berulang kali.

moga apa yang saya lalui sedikit sebanyak membantu dalam kehidupan kalian.

Selamat Berpuasa :)

Khamis, 15 Julai 2010

tentang kita

orang kata kau baik...
kau megah...(akhirnya dari seorang yang baik kau jadi bongkak)

orang kata kau cantik...
kau kembang...(akhirnya kau bersolek sakan..hodoh)

orang kata kau bijak...
kau bangga...(joli sana sini...akhirnya kau bodoh)

orang kata tubuh kau menarik...
merah pipi...(dedah sana sini...akhirnya kau nampak murah)


itu semua contoh...
kita manusia memamg selalu terlupa...
senang buta walaupun kelihatan celik...
bila mana nafsu yang digunakan untuk berfikir...
akal ditolak masak-masak ketepi...
akhirnya?
rosak semuanya...
sia-sia didikan yang diberi...
sia-sia hidup selama ini...

celik kembali...
jadi diri sendiri...
apa yang kita lakukan hari ini...
ada kesannya esok hari...
percaya sama aku...
aku pernah merasa.

Selasa, 13 Julai 2010

ikhlas buat kawan

kadang-kadang hati berbicara tapi mulut tidak mampu meluahkan...
kadang-kadang hati berbicara tapi kosong dalam fikiran...
kadang-kadang kau ikutkan saja kata hati...
tapi...
selalunya mati.

siapa kau untuk bersuara?
kau rasa kau manusia sempurna?
jangan sampai terlupa diri wahai teman...
kau itu juga biasa saja..kan?

dari pandangan aku kau itu kosong...
sama saja seperti tong kosong...
berisi dari luar tapi sebenarnya tiada apa...
takut untuk mengaku?

diam tak semestinya bodoh...
banyak bercakap tak semestinya bijak...
kalau tahu katakan tahu...
kalau tidak katakan tidak...
biar tidak terlihat mana kurangnya engkau.

-ikhlas buat kawan-

Jumaat, 11 Jun 2010

Duit oh duit

Jebat masuk hospital...
Aduhh..mana nak dapat duit ni...
Simpanan dah guna untuk beli Jebat...
Kalau aku macam orang lain kan best...
Beli dengan duit mak ayah...
Aku pun macam mereka,belum punya pendapatan tetap...
Rosak cuma perlu call bagitau mak ayah...
Semuanya akan beres...
Tapi aku???


*Jebat = kereta aku

Rabu, 9 Jun 2010

buat kalian yang masih ada...

buat langit malam yang selalu menemani sunyi dan sepiku...
unggas-unggas yang memelodikan malamku,
nyanyian-nyanyian dan teriakan katak,
terima kasih buat kalian kerana masih bersama aku

Rabu, 19 Mei 2010

buat MU

Tuhan,
mengapa tidak kau ambil saja nyawaku...
Bilamana,
aku sudah tidak lagi mampu membahagiakan.

Selasa, 4 Mei 2010

terperanjat

terperanjat aku...
terkejut juga aku...
ada seorang gadis kampung...
dengan bersahaja berjalan...
dengan penuh kesan gigitan cinta dilehernya...
dimana aku sebenarnya?

Jumaat, 23 April 2010

minah rempit

sayang kan?
kulit mu gebu...
mata mu cantik...
wajah mu ayu...
tubuh mu mantap...
tapi dimana akalmu?