Ahad, 28 Jun 2009

Cerita edisi gambar (Teluk Kemang)





Kebetulan kami semua sedang bercuti,jadi masa yang ada cuba kami habiskan bersama.

Agak sukar untuk kami adik-beradik berkumpul bersama.Biasanya detik sebegini hanya muncul setahun sekali iaitu pada Hari Raya.

Sebenarnya kami bukanlah adik beradik kandung cuma kami membesar bersama dan sudah mempunyai ikatan kimia yang terlalu rapat seperti adik beradik kandung.

Nizam - along (big boss kat Sime Darby Pd n dah berkahwin)
Aku - angah (masih lagi study)
Pie - uda (askar laut malaysia)
Poey - ucu (juga masih study)

7am : Bertolak dari rumah Nizam di Spring Hills
7.20am : Kami tiba di teluk kemang



Nizam dengan gaya slumber letak kaki kat Pie...haha

Aku dan Nizam...

Ni lah kami adik beradik : Dari kiri- Nizam,Aku,Pie,Poey (da macam satu pic band Hujan pulak)





Aksi poey ketika cuba melemaskan diri dengan terjunannya




Aku rasa pie ni dulu ada hati nak jadik model la...hehe

Tengok yang ni pulak...

Kan betol aku cakap...dia memang ada hati nak jadik model...hehe

Nizam cuba beraksi comel...

Aku rasa macam ada something yang funny dekat pic ni...hehe

Golongan ibu-ibu pun datang bersukan dekat sini...baju biru ( kak sharry dari Jb)

Adik-adik jangan ikut macam kami taw..sayang kesihatan tu :)

Aku sorang terselamat dari kene potong kepala.. :P

Kami yang sedang senang hati...

Candid...da macam sakit pinggang pulak kitorang ni..haha

Pie dengan gaya spastik seperti biasa... =)

Aku dan Poey

Kerusi ni nak duduk pon kene sewa rupanya...ingatkan free :P


Aku cuba beraksi solo...heheh

Buat Mu Teman...

Tenangnya melihat...
Bila kita semua sudah ada hala tujunya...
Tiada lagi risau yang mana suatu ketika dahulu...
bila salah sorang dari kita...
Seperti tidak punya apa untuk masa depan...

Terlalu kuat rasanya hubungan ini...
Si gadis itu jatuh yang kedua bila kita bersama...
Walau terkadang hatinya terguris...
Tapi harus kau fahamkan dia...
Kita semua terlalu rapat...

Jangan hilang ya wahai teman...
Jangan pernah sekalipun berubah...
Kita ini tiada apa jika berpisah...
Biarpun cuma berempat...
Itu sudah cukup dari berjuta yang berpura...

Aku sayang kalian.

11 ulasan:

eeka berkata...

assalamualaikum
wah... ayat kau nih... dalam maksudnya... i like... hehehe apesal lain bangat muka kau r??? kau wat "plastic surgery" ke bro??? lain giler... kalau yang lagi 3 beradik tu aku masih leh cam lagi... tapi sejak kau bela janggut tu..hahahaha =p lain giler la... hahahaha gelak macam orang giler ni... ooo... g teluk kemang solo2... tak ajak kitorang nih... huhu jeles2... macam best jerk...

hah, pasal smoking tu.. ish2... sayangilah diri kau tu... aku sayang sangat kat kau.. ish skandal nih... hehehe so... cuba2la berenti merokok demi orang tersayang macam aku ni.. kekekeke

Nadirah Mannan berkata...

u look different.
must be the long hair :)

squesha berkata...

"si gadis itu jatuh yg kedua bila kita bersama"

em.tk faham sgt kt situ.tp keseluruhan puisi kmu,sy fhm! ehehe.sy plg suka rangkap terakhir.huhu.nk try buat puisi la ni.pasni,ble la mr.berett komen plak =)

teruterubuzu berkata...

uit..
oo p mancing tak ajak..
hahaha..ermm syok gak kan..?
teluk kemang tu macam kat teluk cempedak jer..sama jer persekitaran sekeliling tu..hehehe..oo lupa nama pun teluk kan..?

p/s: rambutmu dah panjang..

Tinta Penulis berkata...

kamu nampak happy sgt mr berett..semoga kamu terus happy..

Unknown berkata...

perhhh best giler..bila aku dpt gi telok kemang ni>> huhuhu

mrberett berkata...

eeka: nampak lain ya sekarang???mungkin sebab janggut tu.lagi sebab sekarang ni da makin chubby la..makan macam biasa je tapi badan ni nak naek pulak..hehe

nadirah hanim : da lain ya nad sekarang?makin hensem ke..hehe..takdela..sebenarnya da makin gemok..tu yang nampak lain tu

teruterubuzu : hmm..sebenarnya bukan tak mahu pelawa rakan-rakan yang lain.cuma kali ini terasa mahu mengjabiskan masa bersama-sama.sudah terlalu lama kami tidak merasakan detik indah sebegitu.next time kita dengan rakan-rakan blogger yang lain pulak kesana ya?

KasutHitamku: ya sangat bahagia dan tenang ketika itu.mereka terlalu memahami apa yang jiwa kecil ini perlukan ketika ini.

mangkuk.com:Yup..memang seronok jika kesana.sangat meriah tetapi tetap tenang :)

mrberett berkata...

Sh.Nursyahidah: sebenarnya ayat tu nak menunjukkan betapa rapatnya kami sehingga kekasih hati diletakkan ditempat yang kedua dan kami yang pertama...faham kan? :)

denaihati berkata...

TELUK KEMANG..teringat kenangan silam...dah lama sungguh tak jejak kaki semenjak pak saudara pindah balik kampung...

Tanpa Nama berkata...

cet..
g teluk kemang tak ajak gua.
hik hik.
aku pon mau jadi model seperti Pie

mrberett berkata...

Bunga nordin : boleh2..nanti kita ramai-ramai kesana bergambar sakan ya