Khamis, 2 Julai 2009

langit mula membenci aku?

sekitar 7.30 pagi aku lihat langit begitu gelap.tampak begitu garang bagai si raja yang murka kepada rakyat jelatanya.

aku bergegas mandi dan bersiap untuk ke kolej.dengan harapan penuh didada agar aku sempat sampai sebelum awan yang penuh dengan kegelapan itu memuntahkan isi perutnya ke bumi.

sempat lagi aku berkata kepada langit ketika sedang menghidupkan enjin motosikal.
"tunggu sekejap ya,aku sudah mahu pergi ni"

mungkin langit terlalu marah kepada aku dan berkata:
"peduli apa aku sama kamu"

belum pun sampai separuh jalan, nikmat yang dinanti-nanti oleh mereka yang menghadapi musim kemarau telah pun turun.awan telah mula memuntahkan isi perutnya dengan banyak sekali.aku lencun.

ditambah dengan keadaan jalan yang sangat sesak menjadikan situasi ini begitu sempurna.*hmmph*

dan akhirnya aku terlewat 5minit untuk sampai ke kelas.tambah menyempurnakan keadaan apabila pintu kelas telahpun dikunci.

buat langit:
begitu marah kepada aku hanya kerana terlupa mengucapkan selamat malam kepada kamu semalam?

7 ulasan:

LavENDer Wind berkata...

tak mungkin langit marah padamu....itu rezeki untuk kamu berusaha lagi esok pagi, dan sedarkan kamu tak perlu lewat lagi...
langit sampaikan pesanan padamu dgn cara yang paling halus sekali, jangan membencinya, berterima kasih sedarkan kamu hari ini...

nazri.sensei berkata...

huhu..sian sama kamu..
sudah la hujan..sampai2 kelas
pintu sudah kene kunci..
sabar2..dugaan seorang pelajar..

mishaq berkata...

pengajarannye ~ kena ucap selamat mlm sblm tido.. ^_^

ejdeejasmi berkata...

bukanlah...sbb kamu lambat mandi...hiihii..so dia pun turunkan la hujan...hihi

red shoes berkata...

langit tak marah
mungkin
cuma merajuk

CoOkiE MoNSter berkata...

kesimpulannya bual2 dulu dengan langit, ucap selamat malam siap flying kiss. mana tau sok ari langit cerah secerah cerahnyer?

=)

aisHa 'S' berkata...

wah..ni kes lewat tido n lewat bangun..
langit pula yg disalahkan...
hehehe....
moga esok bangun awal pagi..
tengtengteng...