Rabu, 18 Mac 2009
Ambo dimasa ini...
Terasa seperti berbuku-buku rindu didalam hati ini untuk menulis tetapi idea-idea indah tidak juga kunjung tiba.
Lagu-lagu ambo ada yang sudah menanti untuk ke studio dan ada juga hanya terngiang ditelinga tanpa lirik yang menghiasi seni itu agar menjadi lebih indah.
Dan sekarang ini ambo seperti menjadi peminat fanatik Fynn Jamal...Bukan kerana dia seorang perempuan (sudah jadik isteri orang dah pon) dan juga bukan kerana suaranya tetapi kerana hasil seninya terlalu ikhlas sehingga jika dihayati akan mampu membuatkan air mata seorang lelaki juga jatuh menitis membasahi bumi.
Seperti katanya..dia hanya seorang penyair yang suka menyanyi..jadi jangan dengarkan suaranya..dengarkan rasa...Selamat menghayati
Rabu, 11 Mac 2009
Tag dari rakan untuk kita
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...
Sudah agak lama rasanya kita tidak ketemu.Pada kali ini ambo ingin menjawab tag yang diberikan oleh rakan sekelas ambo semasa disekolah dahulu.Rasanya agak berguna juga tag2 ini sebab bila diingat kembali kebanyakan dari sahabat-sahabat yang ambo kenal disini bermula dengan permainan ini juga.
Tag ini datang nya dari Permata Nusantara
Peraturan bagi menjawab tag ini adalah seperti berikut:
A)Letakkan lencana yang telah disediakan di Blog
-Saya kurang faham tentang ini...maaf ya (^_^)
B)Ceritakan tentang pemberi anugerah dan buat pautan
-Saya dan Permata Nusantara belajar di dalam kelas yang sama di Maktab Rendah Sains Mara Mersing, Johor.Ya...kami memang jarang bertegur sapa kerana ambo mengalami masalah malu untuk berbual secara depan-depan dengan perempuan.MUngkin kerana sebelum itu ambo bersekolah di sekolah yang kesemua pelajarnya adalah lelaki.Permata Nusantara mempunyai kembar yang belajar dikelas yang berlainan.Ambo sering terkeliru yang mana satu adalah rakan kelas ambo kerana namanya pun ambo susah nak ingat.Sesi persekolahan hanya berlansung begitu sahaja dan masing-masing mengejar cita-cita masing-masing.Tidak banyak yang mampu ambo tuliskan disini kerana ambo tidak berapa mengenali dia..(tula,sape suruh susah nk tegur orang laen dulu)..Tapi apa yang ambo tahu..Permata Nusantara ini berkawan baik dengan orang yang ambo anggap istimewa dalam hidup ini.
C)Nyatakan 10 hobi /fakta tentang diri sendiri
1. Sejak kecil ambo memang meminati gitar.
2. Mula bermain bersama geng kugiran rumah orang kawen sejak berumur 6 tahun
3. Minat pada kelajuan
4. Seorang yang sangat ego suatu ketika dahulu
5. Sukar untuk mengingat nama dan tarikh
6. Banyak menulis ketika sendiri
7. Adik bongsu ambo adalah nyawa ambo
8. Suka kepada gambar
9. Cucu lelaki sulung belah mak dan ayah
10.Keluarga no.1
D)Seperti biasa, tag orang lain pula
- along arman
- amusy
- atie
- zhoewynz
- Dan semua sahabat-sahabat yang membaca (xlarat nak tulis semua)
Rabu, 18 Februari 2009
Kepulangan
Jutaan terima kasih buat sahabat-sahabat yang tidak henti-henti mengunjungi blog ambo dan meninggalkan pesan walaupun ambo kekurangan waktu untuk mengunjungi anda semua kembali.Maaf dipinta kerana terdapat sedikit kesulitan secara peribadi yang terpaksa ambo lalui sehingga membuatkan ambo membuat keputusan untuk berehat seketika dari berblog.Dan kini..ambo akan kembali berblog seperti biasa..insyaallah.
Tidak banyak yang ingin ambo kongsikan pada kali ini.Memandangkan kesihatan yang seperti tidak mengizinkan..sudah seminggu lebih ambo demam.Ubat sudah ditelan cuma penyakit yang tidak mahu pergi lagi.Mungkin terlalu banyak dosa kecil yang harus dihapuskan melalui sakit pada kali ini.
Untuk pengetahuan semua..ambo telahpun menyiapkan 5 buah lagu untuk band ambo rekodkan nanti.Tetapi agak mendukacitakan kerana ambo terlewat sedikit dari waktu yang sepatutnya.Niatnya mahu disiapkan sebelum Syuk pergi ke Australia supaya Syuk boleh bermain drum untuk lagu-lagu tersebut.Nampaknya sekarang ambo terpaksa mencari pengganti kepada SYuk pula.
Hari-hari yang dilalui mengajar ambo untuk berfikir secara lebih matang.Jangan takut untuk balik ke pangkal jalan andai kita seperti sudah tersasar dari jalan yang sepatutnya.Hidup ini akan sentiasa penuh dengan dugaan..
Rabu, 28 Januari 2009
Coretan cuti
Bertolak pulang ke kampung halaman bersama-sama dengan bue dan faiz (bekas rakan seperjuangan di sekolah dulu). Rindu rasanya pada kampung..Aidilfitri yang lepas adalah kali terakhir ambo pulang ke kampung.Sudah agak lama tidak bertemu dan bersua muka dengan ahli keluarga di rumah.Pasti mereka juga merindui ambo (chewahh..perasan pulak). Jam 2 pagi ambo tiba di highway Ayer Hitam.Kami bertiga mencari kedai makan sementara menunggu Ajis yang akan tiba dari Skudai.Belum pun sampai setengah jam kami melabuhkan punggung di kerusi,orang tua ambo dah sampai untuk menjemput ambo pulang.Terasa seperti benar-benar disayangi...
24 Jan 2009...
Celik saja mata,hanya satu yang ambo pikirkan...sahabat-sahabat karib ambo dah selamat sampai ke belum..kali ni Pie dan Nazri saja yang dapat balik.Nizam dimamah kesibukan di tempat kerja sampai tidak mampu melepaskan diri untuk balik ke kampung.Pada malamnya kami berbincang...(cehh..bincang apenyer)..tentang sesuatu akiviti yang mudah tapi menyeronokkan.Jadi kami mengambil keputusan untuk pergi berkelah...pantai pun tidak lah jauh sangat dengan rumah.Barang-barang untuk berkelah seperti tikar,alat untuk memasak pun semuanya sudah ada..jimat kos
25 Jan 2009...
Jam 8.30 pagi kami bertolak dari rumah.Mengikut perancangan sepatutnya bertolak pada jam 7.00 pagi kerana kami perlu ke pasar dulu untuk membeli bahan-bahan untuk memasak.Tetapi disebabkan Nazri mempunyai urusan keluarga yang harus diutamakan dahulu..kami bertolak lewat sedikit.Rupa-rupanya ada pertandingan memancing disitu..nasib baik lah port kami tak dikacau..apa yang mampu dikatakan disini,apa yang kami lalui pada hari itu memang menyeronokkan..seperti melepas rindu pada sahabat yang telah bertahun tidak ditemui.
Pada sebelah malamnya kami bertiga pergi menonton filem MAUT...sebuah filem yang penuh dengan mesej yang disampaikan secara tersirat.Bagi yang hanya menonton,keinsafan akan terasa.Tetapi bagi mereka yang menonton dan memahami mesej yang ingin disampaikan,akan terasa seperti diri ini terlalu kecil dan tidak berkuasa untuk melakukan sesuatu.Insaf dan juga terlalu takut untuk membuat kesalahan(dosa)...
26 Jan 2009...
REUNION!!!...berat benar kaki ini untuk pergi ke reunion pada kali ini.Reunion dengan rakan-rakan sekolah rendah yang telah lebih sepuluh tahun tidak berjumpa.Masing-masing sudah mempunyai pekerjaan yang bagus-bagus.Terasa bangga kerana mempunyai kawan-kawan yang pandai menguruskan hidup.Aktiviti kami pada hari itu cuma makan dan bowling...ringkas tetapi sudah memadai dengan sesuatu yang tidak dirancang dengan lebih awal.
27 Jan 2009...
Pagi-pagi lagi ambo dah bangun untuk mempersiapkan motor yang akan dibawa pulang ke KL..servis apa yang patut untuk selamat sampai.2 buah motor kali ini..ambo dan Nazri masing-masing menunggang motor untuk balik ke KL.Terasa lenguh juga pinggang...Kami singgah sebentar di Port Dickson untuk melawat Nizam yang tidak dapat pulang cuti Raya Cina.Berita di kaca televisyen menyatakan bahawa tentera Israel telahpun mencabuli genjatan senjata yang ditetapkan.Sesuatu yang telahpun ambo jangkakan dari awal lagi.Perjalanan diteruskan sehinggalah kami selamat sampai kerumah masing-masing di ibu kota yang sesak dengan pelbagai ragam manusia...
Kuala Lumpur....aku kembali lagi
Rabu, 14 Januari 2009
Antara dua pilihan...Kerjaya atau Pelajaran
Terlalu banyak pahitnya jika mahu dikenangkan,
Dan perjalanan ini mesti diteruskan,
Kerana masih ada sesuatu yang belum ku capai...
Seperti seorang yang mempunyai dua watak yang terlalu berbeza dalam diri dan sering mengalami konflik dalam diri sendiri hanya kerana dua watak ini.Setiap manusia mempunyai dua watak dalam diri sendiri.Jika tahu bagaimana untuk mengawalnya,maka kita akan nampak normal dan waras seperti biasa.Tetapi,jika kita gagal mengawal watak tersebut...kesannya dapat kita lihat pada penghuni-penghuni rumah sakit jiwa.Itu adalah contoh bagi mereka yang gagal untuk mengawal watak yang ada dalam diri mereka.
Dalam hidup juga begitu..biasanya kita akan mempunyai dua pilihan dalam membuat sesuatu keputusan.Dan perkara ini yang biasanya membuatkan setiap orang tertekan kerana tersalah membuat keputusan.Tidak dinafikan ambo juga pernah tersilap membuat keputusan kerana terlalu ikutkan darah muda dan juga ego.Akhirnya,apabila sudah mampu berfikir dengan matang..perkara itu disesali tetapi tiada gunanya kerana kita tidak mampu untuk mengembalikan masa silam dan ia akan kekal sebagai sejarah dalam hidup kita.
Tetapi jangan disesalkan masa yang lampau kerana tidak ada seorang pun dari kira yang terlepas dari melakukan kesilapan dan juga menghadapi kegagalan.Sebagai manusia yang mampu berfikir dengan baik,perbaiki setiap kelemahan dan cuba belajar dari kesilapan yang pernah dilakukan.
Ada satu persoalan yang ingin ambo ajukan kepada sahabat-sahabat yang datang membaca di blog ambo ini.Antara pelajaran dan kerjaya,yang mana harus di utamakan?Situasinya begini,kerjaya sudah ada didepan mata dan hanya perlu berusah untuk berjaya tetapi keluarga meminta untuk meneruskan pelajaran.Ambo minta sahabat-sahabat untuk memberikan pendapat untuk dikongsi bersama.
Dan jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita gi Gaza sana.
Semoga berjumpa lagi..jangan lupa subscribe blog ni ya.. :)