Rabu, 14 Januari 2009

Antara dua pilihan...Kerjaya atau Pelajaran

Kubiarkan saja masa yang lampau pergi begitu sahaja,
Terlalu banyak pahitnya jika mahu dikenangkan,
Dan perjalanan ini mesti diteruskan,
Kerana masih ada sesuatu yang belum ku capai...

Seperti seorang yang mempunyai dua watak yang terlalu berbeza dalam diri dan sering mengalami konflik dalam diri sendiri hanya kerana dua watak ini.Setiap manusia mempunyai dua watak dalam diri sendiri.Jika tahu bagaimana untuk mengawalnya,maka kita akan nampak normal dan waras seperti biasa.Tetapi,jika kita gagal mengawal watak tersebut...kesannya dapat kita lihat pada penghuni-penghuni rumah sakit jiwa.Itu adalah contoh bagi mereka yang gagal untuk mengawal watak yang ada dalam diri mereka.

Dalam hidup juga begitu..biasanya kita akan mempunyai dua pilihan dalam membuat sesuatu keputusan.Dan perkara ini yang biasanya membuatkan setiap orang tertekan kerana tersalah membuat keputusan.Tidak dinafikan ambo juga pernah tersilap membuat keputusan kerana terlalu ikutkan darah muda dan juga ego.Akhirnya,apabila sudah mampu berfikir dengan matang..perkara itu disesali tetapi tiada gunanya kerana kita tidak mampu untuk mengembalikan masa silam dan ia akan kekal sebagai sejarah dalam hidup kita.

Tetapi jangan disesalkan masa yang lampau kerana tidak ada seorang pun dari kira yang terlepas dari melakukan kesilapan dan juga menghadapi kegagalan.Sebagai manusia yang mampu berfikir dengan baik,perbaiki setiap kelemahan dan cuba belajar dari kesilapan yang pernah dilakukan.

Ada satu persoalan yang ingin ambo ajukan kepada sahabat-sahabat yang datang membaca di blog ambo ini.Antara pelajaran dan kerjaya,yang mana harus di utamakan?Situasinya begini,kerjaya sudah ada didepan mata dan hanya perlu berusah untuk berjaya tetapi keluarga meminta untuk meneruskan pelajaran.Ambo minta sahabat-sahabat untuk memberikan pendapat untuk dikongsi bersama.

Dan jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita gi Gaza sana.

Semoga berjumpa lagi..jangan lupa subscribe blog ni ya.. :)

9 ulasan:

EjdeeJasmi berkata...

pelajaran penting kerjaya pon penting..if kita dah ada kerjaya yg mmg memberi jaminan hidup teruskan bekerjaya..tapi kalau kita mahukan sesuatu kelainan dari kerjaya contohnya kita mahu lebih baik dr yg adsa teruskan pelajaran. kalau rasa kerjaya itu anda sayang kan masih banyak lagi cara untuk meneruskan pelajaran..sebabnya zaman sekarang susah untuk mendapatkan kerjaya dengan kelulusan yang ada..mcm saya.. tapi redha je janji halal sambil tu uat PJJ mana taw untung sabut timbul untung batu tenggelam...

aisHa 'S' berkata...

kalau dah keluarga suruh belajar mesti la aa sebabnya kn..?
You should better study..
4 me la kn...
hehe..
MuDa lg kn..
so belajar je la..

Keyword berkata...

Submit your Blog to our Newest PR 3 Web Directory for Bloggers. Visit KeywordDir.info

SangMentari berkata...

Pertama kali saya sampai di sini
Pada saya, kita sudah punya fikiran yang cukup matang. Keputusan akhir itu tetap pada kita, pasrah kepada tuhan...insyaallah mendapat petunjuk.

slm ziarah dari SangMentari

Framestone berkata...

2-2 pun penting sebab tue aku skrg kerje..dalam masa yang sma berlajar huhuhu.. hope leh teruskan sampai aku wat master nnt

Hapi berkata...

Hi there... want to change your favicon? find out how.. Have a nice tuesday!

Hapi berkata...

Happy Wednesday! Bloghoppin' here... Hey, I have an interesting tutorial for you that I have written myself. It is about adding Adsense on your Single Post in XML template. I hope you'll like it! God Bless you!

iza~de~bintang berkata...

"tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad"

Kalau dah bekerja pun masih boleh study jugak. yg penting hati kena lah kuat :)

Along Arman berkata...

hurmm.. dua² penting...
ikut lah gerak hati nak pilih yang mana..
kalo dah kije skalipun masih leh sambung study lagi..
yang penting jgn lepas dah kije dah takde minat nak sambung study..bagi along lah..
kalo kije tuh dah bleh menjamin masa depan, along akan memilih untuk bekerja.. lagipun bukan senang nak dpt kije skang nie...
tepuk dada.. tanyer selera...
cam kate sangmentari..
pasrah kepada Yang Maha Esa...
insyaallah.. kamu akan dapat petunjuk..