Rabu, 1 Julai 2009

puncak itu tercapai jua

sampai juga kita kesana ya...
tempat yang rasanya begitu tinggi buat kita...
tempat yang rasanya tidak tercapai tangan kita...
kerana di suatu ketika dahulu...
kita dikatakan hanya mampu mengira syiling saja...

"orang kampung apa tahu???
setakat kira syiling boleh la..."
itu kata mereka yang kita panggil atuk...
kerana mereka orang bandar,kerana mereka berada,kita dihina...
tapi itu semua dahulu...
kami bukan lagi anak kecil yang boleh kau hina...

tuhan itu sesungguhnya maha adil...
kemana pergi cucu-cucu yang kau agungkan?
tidakkah mereka hanya terhenti disekolah?
tidakkah mereka masih lagi meminta-minta seperti anak kecil?
tidakkah sebenarnya mereka itu lebih hina dari kami yang kampung ini?

buat adik-adik ingat pesan ini...
sudah aku tunjukkan contoh buat kamu semua...
ambil dan tiru seperti aku...
kita tutup mulut mereka yang mengata...
kita hapuskan segala cerca...
biar bulat mata mereka memandang kita...
anak kampung juga mampu berjaya...
bukan aku saja...
tapi kita semua.

kami sampai sehari sebelum hari pendaftaran.mujurlah pihak universiti ada menyediakan tempat penginapan sementara dengan bayaran hanya 20ringgit sebilik.

kuat sangat pengaruh coke dekat dia ni agaknya...


aisyah

mamat

bersiap seawal 6.30 pagi

sempat lagi bergambar

cuba beraksi formal...mamat buat muka sedih

bak dengan ibu pon nak join sekali

mamat orang yang paling sedih...kurang lagi seorang teman bermanja




akhirnya...kad pelajar sementara...tahniah dik

Dan last sekali untuk tatapan kalian....

Percubaan aku untuk menjadi Superman malaysia menggantikan Faizal Tahir...hehehe

7 ulasan:

SassyRose berkata...

adik awk dpt uitm mne eh?
mst hidup die sengsara minggu ni..
hehehe

mrberett berkata...

dia dapat uitm sri iskandar perak.
memang tengah sengsara katanya sekarang ni.
orientasi yang membuatkan dia terasa seperti seorang anak kecil..hehe

SassyRose berkata...

oh yeke..
abg ipar sy lecturer kt situ.
die dpt kos ape.
xpe. sengsara utk tempoh seminggu je.
;-)

iffah (: berkata...

ohh, all the best ye buat adik awk :D
semoga sukses
^____^

mrberett berkata...

sassyrose : dia dapat kos pengurusan hartanah.alhamdulillah dapat apa yang dipinta.abg ipar kamu mengajar apa disana?

iffah : trimas bagi pihak die :)

~TeehA~ berkata...

cute je mamat tu..

SiQaH HuSSiN berkata...

tahniah untuk adik awk..
n sukalah last pic tu :)