Khamis, 16 April 2009

Gadis Itu...

Gadis itu kulihat begitu suci...
Wajah manisnya menyejukkan hati...
Kesejukan yang bisa membuatkan hati menjadi lulur...
Pertuturannya sopan...
Perlakuannya santun...
Senyumannya begitu anggun...
Sudah cukup untuk menawan lelaki yang hanya memandang luarannya...

Aku ingin mendekati gadis itu...
Ingin aku kenali dalamannya...
Tapi aku ini terlalu kecil...
Aku hanya si miskin yang tidak punya apa..
Jangankan wang...
Kawan-kawan juga aku tidak punya...
Hari-hari ku banyak bersendiri...
Sendiri kerana aku tidak punya siapa disini...

Hari berganti hari...
Aku masih disini...
Menjadi pemerhati paling setia...
Walau tidak ada sekelumit balasan sekalipun...
Hati ini tetap tersenyum sendiri...

Langit malam...
Bintang bulan...
Teman setia mendengar isi hatiku...
Aku luahkan semuanya...
Aku ceritakan pada-NYA dalam amal wajibku...
Suasana sunyi sepi...
Hati ini tenang...

Dan pada suatu hari...
Hati ini bagaikan disentap-sentap...
Bagaikan ditusuk-tusuk...
Bagaikan disiat-siat...
Aku kecewa...!!!

Gadis itu bukan sesuci yang ku sangka...
Tinggalnya bersama teman lelaki yang belum dinikahinya...
Waktu malamnya dihabiskan di rumah-rumah syaitan...
Pakainya seperti mahu mendedahkan apa yang ada...
Peluk,cium itu menjadi perkara biasa...
Sucinya hanya diluar...
Dalamnya penuh kehitaman...

Terima kasih Tuhan kerana jadikan aku begini...
Dan aku lebih senang begini...
Menjadi si miskin yang dipandang hina...
Dari lemas dalam pelukan duniawi
Seperti gadis itu...







14 ulasan:

Along Arman berkata...

♥ kisah benar ker nie? ♥
♥ jangan terlalu cepat menilai dengan hanya satu pandangan.. ♥
♥ tak semestinya orang yang nampak baik perilakunya adalah orang yang baik..♥
♥ tak semestinya orang yang kiter nampak jahat itu adalah jahat.. ♥
♥ cuba selami betul² hati budi seseorang tu beret.. ♥

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

gadis itu...

ehem...*wink*

emma songall berkata...

permulaan dan pengakhiran plot yang menarik.

ejdeejasmi berkata...

mendalam..sgt menarik...biar miskin harta tapi kaya jiwa dan maruah..

'AQILAH berkata...

sedih nye.
menjadi pemerhati lagi baik mendekati.

xsemua yang baik luaran baik jugak dalamn.
manusia penuh dengan sifat misteri.
pura-pura.
itula manusia.

xperlu di risaukan.
nanti satu hari, akan jumpa orang yang sesuai.

nazri berkata...

huh..
cam ramai j gadis2 mcm tu skrg..
tp still ramai lg y baik2..
troskan berusaha berett..
y baik2 ni mmg susah nak jumpa+dapat..haha..=)

Nadirah Mannan berkata...

alamak. sy harap sy tak kenal gadis itu..
nice flow of words tho ;)

mrberett berkata...

Along Arman : Yup...apa yang tertulis dalam blog ni memang apa yang terjadi

Zara : Yup gadis itu mulanya sangat istimewa

Emma songall : Trimas untuk pujian :)

Ejdee Jasmi : Yup,biar miskin harta tapi kaya dengan jiwa dan maruah

Fara'aqila : Satu episod sedih dalam hidup :(

Nazri : Memang terlalu ramai gadis-gadis macam tu sekarang ni

Nad : Kamu tak kenal die nad..bukan member sekolah kita..hehe

jazrul berkata...

macam2 al-kisah kat sini eh
malaysia seo

mrberett berkata...

cerita biasa dalam sesi melepas debu didada.. =)

nur ilham berkata...

waah hebat betul mrberret ni... meluahkan perasaan melalui puisi...
apa pun memang mempunyai bakat penulisan yg bagus...suka baca..

nur ilham berkata...

suka baca...memang berbakat dalam bidang penulisan dan puisi...

fauzi berkata...

saya suka penulisan dia

malaysia seo

mrberett berkata...

terima kasih buat teman-teman yang menyokong...