Isnin, 23 Mac 2009

Hari Yang Berlalu

Hari-hari yang berlalu...
Semua yang cuba kutempuhi...
Walaupun adakalanya tersungkur sendiri...
Kerana kejayaan itu sering bersembunyi...

Celahan insan-insan yang bisa melekakan...
Menenggelamkan lagi kejayaan yang semakin pudar...

Kerenah yang semakin menyerlah...
Dengan hati yang semakin parah...
Terasa pedihnya bagai disiat-siat...
Dan dagingnya diratah dengan rakus...

Harapan menggunung yang terpaksa ku pikul...
Laratkah jasad ini untuk mendukung semua???
Terkadang seperti mahu saja pergi dari dunia ini...
Tetapi aku tidak mahu tewas sebelum masanya!!!

Ada masanya tatkala sepi...
Aku juga perlukan perhatian,belaian,sapaan dan semuanya...
Seperti insan-insan yang bernama manusia...
Tetapi hanya bulan,bintang dan langit juga yang setia bersama...

p/s: buat sahabat-sahabat yang terasa seperti tidak mampu untuk hidup didunia.

1 ulasan:

eeka berkata...

assalamualaikum
muahahaha bijak sungguh tuan hamba menyusun kata-kata ya...
tapi boleh tahan la ayat tu...
ganbate neh...!
chayo2!
berusahalah untuk menggapai cita-cita dan jangan sesekali putus asa...
ingatlah Allah sentiasa ada untuk setiap hambanya yang sentiasa memohon doa kepadaNYA....