Jumaat, 9 Januari 2009

Manusia itu saling memerlukan

Assalamualaikum semua...

Hari-hari yang ditempuhi pastinya membuatkan kita semakin matang untuk mengharungi liku-liku kehidupan kerana sudah menjadi lumrah manusia belajar dari kesilapan.Tetapi terlalu ramai yang takut untuk gagal dan akhirnya mereka menjadi orang yang tidak berani mencuba dan tidak mencapai apa-apa yang mampu membuatkan bibir mengukir senyuman tanda berpuas hati dengan apa yang telah diusahakan.Dan sesungguhnya kejayaan itu lebih bermakna dan berharga jika banyak halangan yang ditempuhi sebelum kejayaan dikecapi.Berani untuk mencuba dan menghadapi kegagalan bukan bermaksud gagal untuk selama-lamanya.

Melihat budaya masyarakat sekarang yang terlalu sibuk dengan urusan harian sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali jiran-jiran,ambo tertarik untuk menulis bahawa sesungguhnya manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain.

Jika dilihat tatkala hanya Adam di syurga,hidupnya sunyi dan apabila Hawa diciptakan hidupnya bagai disinari dengan cahaya yang terang benderang.Bukan cerita cinta yang ingin ambo coretkan disini tetapi hanya untuk menunjukkan bahawa manusia itu saling memerlukan.

Tanpa perlu melihat jauh,hanya jiran yang ada sebagai contoh.Semuanya terlalu sibuk mencari kemewahan hidup bagaikan tidak pernah terfikir untuk menjaga hubungan sesama manusia.Dan apabila ada waktu terluang,masa dihabiskan dengan menonton Astro.Siapa yang menghuni rumah ataupun banglo disebelah langsung tidak dihiraukan.Tetapi hanya akan ditegur dan diampu jika orang itu mempunyai pangkat yang tinggi ataupun pengaruh yang besar.Jelas manusia sekarang hanya berkawan jika ada kepentingan!!!

Kita harus sedar bahawa sebenarnya kita semua bersaudara dan kita saling memerlukan antara satu sama lain.Mungkin mereka lansung tidak membantu kita dalam urusan mengejar kemewahan hidup tetapi tidak bermaksud kita tidak memerlukan mereka dalam hidup ini.Sebagai contoh,apabila tiba masanya untuk kita kembali kepadaNYA,adakah kita sendiri yang akan menyucikan diri,solat jenazah dan juga mengebumikan diri sendiri?

Terlalu banyak sebenarnya kelebihan jika kita menjaga hubungan sesama manusia ini.Selain dari dapat mengeratkan perpaduan,kita juga dapat berkongsi buah fikiran.Jangan hanya duduk bersembang kosong sambil mengumpat.Tiada apa yang akan berubah jika begitu.

Dan ingin ambo tekankan sekali lagi pada entry kali ini bahawa kita sebagai manusia yang dikurniakan akal yang sempurna,gunakan akal yang diberikan dengan sebaik-baiknya.Sebagai permulaan untuk menjaga hubungan sesama manusia,cukuplah sekadar mengukir senyuman dan memberikan salam..tiada wang ringgit yang harus dilaburkan untuk bertindak sedemikian tetapi pulangan yang akan kita dapat suatu hari nanti pasti tidak ternilai harganya.

3 ulasan:

mrberett berkata...

Really?thank you so much...i,ll link u too

iza~de~bintang berkata...

betui betui betui :)

hebat mana pun pangkat kita, pandai mana pun wat keja, kita masih tetap perlukan orang lain untuk sempurnakan kerja tu :)

Tanpa Nama berkata...

ermm.. mmg sian.. berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. ermm..