Ahad, 11 Januari 2009

Gaza oh Gaza

Tatkala kita mensyukuri matahari pagi,
mereka mengharapkan ada sinar baru yang menyinari...
Sedang asyik kita bersarapan,
mereka berusaha melepaskan diri dari timbunan runtuhan...
Sedang kita lena dibuai mimpi indah,
mereka bersengkang mata menyabung nyawa...



Sedikit kata-kata yang menggambarkan suasana di Gaza sekarang.Sesungguhnya saudara-saudara kita disana sedang ditindas sedang kita disini hanya mampu menonton dari kaca televisyen sahaja.Ambo memohon jasa baik sahabat-sahabat semua untuk menderma bagi meringankan beban saudara-saudara kita disana dan jangan putus untuk mendoakan agar nasib mereka terbela.Mungkin kita tidak mampu untuk turun sama-sama berjihad dengan mereka tetapi iringilah jihad mereka dengan doa yang tidak putus-putus walau dimana jua anda berada.

Sesungguhnya mereka yang menzalimi itu lupa bahawa tidak selamanya mereka akan berada diatas dan mereka terlupa bahawa ada kuasa yang Maha besar sedang melihat apa yang mereka lakukan kepada saudara-saudara kita.

Entry kali ini setakat disini sahaja kerana terlalu sayu hati ini untuk menceritakan penderitaan yang sedang mereka alami di Gaza sana.

Foto-foto tentang apa yang terjadi di sana boleh dilihat melalui link ini(KLIK SINI).Buka mata,minda dan hati untuk melihat apa yang sedang terjadi pada dunia hari ini.

Jangan lupa untuk menjadi follower kepada blog ambo yang tidak seberapa ini.

4 ulasan:

:: Wiween :: berkata...

sy ade dpt emel yg menunjukkan sorg kanak-kanak yg terpaksa menghadapi kematian ibu dpan mata sendri. menitis air mata dibuatnya. :(

Teman2 Sekalian berkata...

salam ziarah dari mummy....
aduhai.. tak sanggup nak fikir dan melihat kejadian yang berlaku skrg ini.. semuga semuanya segera berakhir... insyaAllah...

mrberett berkata...

ok..i will add u too carlos :)

mrberett berkata...

Saya juga ada menerima e-mail seperti yang cikgu wiween dapat.Apabila manusia tidak menggunakan akal yang diberikan dengan sebaiknya,beginilah yang akan terjadi.Memandangkan Malaysia mengamalkan dasar berkecuali,kita hanya mampu menghulurkan bantuan derma diiringi dengan bacaan doa dari sini