assalamualaikum semua...
Apa khabar?Harap-harap masih diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani hari-hari mendatang.Kawan disini sihat alhamdulillah,masih lagi diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup yang pastinya penuh dengan liku-like dan dugaan.
Rindu rasanya pada sahabat-sahabat hamba.Walaupun baru raya yang lepas kami dapat berkumpul bersama,terasa seperti sudah berkurun lamanya tidak bersua muka.Rindu yang teramat dalam.
Pada kali ini,kawan ingin berkongsi pendapat tentang sahabat.Sedikit persoalan ingin kawan timbulkan disini..
1)Apa itu sahabat?
2)Beza antara sahabat dan kawan?
3)Adakah kita mempunyai sahabat?
4)Adakah kita layak untuk dipanggil sahabat?
Menurut apa yang tercatat dalam kamus dewan bahasa dan pustaka,terdapat pebagai maksud dari perkataan sahabat.Antaranya adalah seperti berikut :
sahabat:orang yg dikenal rapat dan disukai tetapi tidak bersaudara dgnnya; kawan; teman: Drpd banyak seteru, lebih baik banyak sahabat
sahabat:karib kawan yg rapat sekali
sahabat:handai semua kawan
sahabat:Nabi orang yg rapat dgn Nabi; pembantu Nabi yg setia.
sahabat:bersahabat berkenalan serta berbaik-baik; berkawan: Jangan ~ dgn orang jahat.persahabatan hal atau perbuatan bersahabat; perhubungan sbg sahabat: ~ ka
sahabat:1. kawan, teman, taulan: drpd banyak seteru, lebih baik banyak ~; 2. pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi;~ handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja;bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, berkawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita;bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik berseteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh;bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain;mempersahabatkan memperkenalkan supaya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan);persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali.
Berikut pula maksud kawan yang dicatatkan dalam kamus dewan bahasa dan pustaka:
Kawan:1. kumpulan binatang (spt kambing, lembu dll); gerombolan (penjahat, perompak dll): Ketika merayau-rayau di dlm hutan, dia telah bertemu dgn se~ gajah. Se~ penjahat bersembunyi di dlm hutan. 2. sahabat; teman; rakan; pengikut: Ali dan ~-~ nya berkelah di tepi pantai. 3. sesuatu yg dimakan dgn sesuatu sbg pelengkap; jodoh: ~ sirih apa-apa yg dimakan dgn sirih (spt pinang, gambir dll). 4. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu: ~ sekerja orang yg sama-sama bekerja dlm satu pejabat. berkawan 1 = berkawan-kawan berkelompok-kelompok; beramai -ramai: Gajah biasanya hidup ~ di dlm hutan. 2. bersahabat; berteman: Dia jahat, tak usah ~ dgn dia. mengawan melakukan perhubungan jenis (bkn binatang). menemani: Gadis itulah yg ~nya apabila suaminya keluar bekerja pd waktu malam. kawanan sekumpulan binatang; segerombolan penjahat dsb: ~ penyamun.
Persoalan pertama rasanya sudah terjawab dengan maksud perkataan sahabat dan kawan diatas.
Untuk persoalan kedua pula,iaitu beza antara kawan dan sahabat.Sahabat boleh dikatakan sebagai insan yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kita tetapi setia dan sanggup bekorban demi ikatan persahabatan yang suci.Berbeza pula dengan kawan,walaupun maksudnya lebih kurang sama.Apa yang cuba saya sampaikan disini ialah mengapa kumpulan binatang yang disebutkan dahulu dalam maksud kawan,baru lah di ikuti dengan sahabat,teman,rakan dan sebagainya?
Inilah yang terjadi dalam hidup kita seharian.Ya,cukup mudah untuk mencari kawan sekarang.Terdapat pelbagai laman web social networking seperti Friendster,Myspace,Facebook,Tagged dan bermacam-macam lagi.Dengan hanya beberapa klik,kita dapat menambah kawan.Tetapi adakah mencari sahabat semudah itu?Sahabat umpama permata yang sangat bernilai yang terlalu sukar untuk dimiliki dan tidak mungkin sanggup kita gadaikan.
Persoalan ketiga pula,adakah kita mempunyai sahabat?
Mungkin masih ramai antara kita yang hanya mempunyai kawan tetapi masih belum mencapai taraf sebagai sahabat.Kawan biasanya hanya hadir dikala senang tetapi hilang dikala susah.Tetapi,saya amat bersyukur kerana dikurniakan tiga orang kawan yang sangat berkelayakan untuk digelar sebagai sahabat.Mereka ialah Nizam,Shafie dan Nazri.Terima kasih sahabat!!!
Ok..kita pergi pada soalan terakhir pula.Adakah kita layak untuk
dipanggil sebagai sahabat?Hidup bukan hanya setakat kita menerima sahaja tetapi juga harus memberi.Jika kita inginkan sahabat dalam hidup kita,maka kita juga harus menjadi seorang sahabat yang sejati.Tiada salahnya jika kita sama-sama berkongsi susah dan senang kerana asalnya kita dari darah daging yang sama juga.
Diharap artikel kali ini dapat membuka sedikit lagi ruang dalam hati kita untuk memperbaiki hubungan sesama manusia didunia yang cukup indah ini..Adios
3 ulasan:
assalamualaikum mr,
dari sahabat kita mendapat ilmu..kpd yg tidak kedekut ilmu. mencurah ilmu pahala...memberi ilmu pahala... menggunakan ilmu pahala...(ibarat yang baik dijadikan panduan, yang buruk jadikan sempadan) bagi saya, bgmana pun hati budi sahabat(sesiapa saja) saya terima dengan senyuman. bukan mudah nak menjaga semua hati... terpaksa lihat dari keadaan mata hati..... jika org memandang kita sebagai tidak layak bergelar sahabat tidak mengapa .... kita terima dengan senyuman... dan alhamdulillah. adakala kita suka nak berkongsi dengan bukan darah daging ... mungkin ada ilmu yang lebih membina tanpa menyulitkan lagi keadaan harian yg tlh biasa dijalani.. ibarat sup campur lahhh..... macam-macam ado. (dipenghabisan hayat kita memerlukan semua yang ada, teman2, kawan2, sahabat2, juga adik beradik sedarah...) doa dan pujian dari mereka yang mengingati amat meringankan ... insyaallah. ibarat harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan ...
Maaf ye.. panjang lebar pulak kat tmpt org. tapi suka2 je.
orang pertama komen :) he.. ok, artikel yang sangat bagus! hamba setuju sangatlah dengan apa yang saudara tuliskan, spesifik lagi pada perenggan kedua terakhir tu.
hamba ada sahabat juga kawan, diakui memang sahabat dan kawan adalah suatu makna yang berlaian..
*bila nak jadi coklat sebagai sahabat? hehe sahabat blogger pon kira ok gak lah.. :) peace!!!
hye seme..hmm az nak ctea ckit kat k0wunk sal pengalaman sedih az bersama kawan az...skunk nihh bulan raya..s0 az nak ucapkan selamat ary raya maaf zahir batin pada seme umat islam..okie skunk sye ctea...
acually az and dye tak b0le jumpe sbb kal0 jumpe c0mfirm gad0nyer,..az nihh jenis suke cari pasal gan dye sebab dye se0rang yg lemah lembut dan az slalu mempermainkan perasaan dye.az tak pernah pun bersikap baek sengan dye..dye sentiasa setia dan lupakan apa yg terjadi...meskipun az mengata sal dye..dye tetap bersikap sabar dan tidak pernah menyimpan dendam...da la
itu larr pengalaman sye bersama dye...
Catat Ulasan