assalamualaikum semua...
Pertama sekali kawan mintak maaf banyak-banyak kerana terlewat untuk memberi hasil penulisan yang baru untuk semua.(kawan tu bahasa ganti diri yang biasa keluarga ambo gunakan).Bukan bermaksud untuk membiarkan blog ini sunyi sepi bagai tiada yang empunya..tetapi sepi mencari idea untuk menulis sesuatu yang mampu membuka minda dan boleh memberi manfaat kepada kita semua.Andai kata hanya ingin menulis perkara-perkara remeh,pasti semua mampu lakukan..betul tidak?Jadi,kawan rasa bertanggungjawab untuk memberi hasil penulisan yang mampu memberi impak kepada yang datang membaca..
Ok..pada kali ini kawan nak berkongsi pasal hati.Hati ini boleh dikatakan satu ciptaan tuhan yang amat kompleks..kenapa kawan katakan begitu,biasanya orang berkata..
"KALAU HENDAK RAPAT DENGAN SESORANG,KENA TAHU HATI BUDINYA DAHULU "
Tetapi,ada yang berpendapat bahawa sampai ke akhir hayat pon kita tidak akan dapat mengenal hati budi sesorang itu dengan sepenuhnya..kawan setuju dengan kata-kata itu.
Mungkin terlalu sukar untuk kita mengenal hati budi orang lain..Persoalannya disini,adakah kita mengenal hati kita?Adakah kita mengenal diri kita?Adakah kita mengenal hidup kita?Soalan-soalan yang nampak mudah tetapi kawan yakin bukan semua orang mampu menjawab dengan betul dan ikhlas..Tanya diri anda..
Kawan teringat bait-bait lirik lagu yang selalu menjadi halwa telinga kawan ketika di bangku sekolah dahulu...
"pandangan mata selalu menipu...
pandangan akal selalu tersalah...
pandangan nafsu,selalu melulu...
pandangan hati itu yang hakiki...
kalau hati itu bersih..."
Menurut lagu itu,jika hati kita bersih,firasat akan tepat seperti kehendak yang maha Esa..
tetapi,sebersih mana kah hati kita?
Jika kita renungkan,kerosakan yang terjadi tidak kira sama ada di dunia ini ataupun pada diri kita sendiri adalah berpunca dari hati yang kotor.Oleh itu,di harap post pada kali ini mampu membuka sedikit ruang dalam diri kita untuk menilai hati sendiri dan bermuhasabah diri dalam menjalani hidup yang pasti penuh dengan liku-liku..Sekian..
2 ulasan:
rambut sama hita...
hati lain-lain..
mmg betul kita takkan dpt mengenal hati budi seseorang itu dengan sepenuhnya...
kdg².. org yg kiter terlalu percaya tu lah yang bakal mengecewakan kita..
entahlah.. inilah dunia manusia..
Hati,
Hanya tuhan yang tahu ... dan kenapa dugaan itu diberikan... samada kotor atau bersihnya hati .. sudah termaktub, hanya Dia yang tahu, lalui dengan sabar apa yang telah diberikan oleh Nya walau sering kecundang. Sebagai hamba ... sedih ke, susah ke, ..cubalah juga untuk menjaga hati. samada dia sahabat kawan mahupun musuh.... tidak ada ruginya melainkan kita akan rasa lebih tenang ... insyaallah.
Catat Ulasan