Rabu, 21 November 2007

kehidupan


assalamualaikum and hye member2...

for da 1st time tulis blog ni..aku nk wat pasal satu topik iaitu:

----k.e.h.i.d.u.p.a.n----

apa yang kite taw pasal kehidupan?
mule2 je nampak dunia ni kite menangis..

kenapa kite menangis??

adakah sebab kite sedih?
adakah sebab terlalu gembira kerana dilahirkan kedunia?
adakah sebab kite takut nak mengharungi hidup didunia?

walau aper pon..yang pastinya kita tidak dapat mengingat apa yang sedang kita fikirkan pada ketika itu.

kehidupan diteruskan..dari hanya tahu menangis kerana kelaparan,kita belajar merangkak dan seterusnya belajar berjalan.
bila sudah pandai berjalan,terasa mahu dihiburkan dengan mainan pula..ermm macam2
sehinggalah bila kita membesar dan disekolahkan..
kita mula mengenali kawan...
kawan dari jiran2 yang berhampiran dan juga kawan2 di sekolah.
banyak yang kita pelajari bersama tidak kira lah dari segi pelajaran ataupon pergaulan.
yang pastinya kebanyakan dari kita menghabiskan zaman kanak2 dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti bermain bersama-sama,berlumba basikal,bermain kereta mini,video game dan kalau yang dikampung pasti tidak terlepas dari mandi sungai ataupun lombong..hehe
yang pastinya pada ketika itu,semua yang terjadi adalah dengan hati yang ikhlas dan tiada prejudis.

di alam sekolah menengah pula..
lagi banyak yang kita pelajari disini..
kita mula belajar untuk menjadi orang yang lebih matang,lebih bergaya dan tidak kurang juga yang mahu dipandang tinggi dan dihormati.
maka dari perasaan inilah timbulnya mat2 skema,gangster dan macam2 lagi..
semuanya kerana gaya pemikiran masing2 yang semakin berbeza.

bagi yang lelaki..mereka mula belajar menghisap rokok..ermm kononnya mahu kelihatan lebih bergaya bila dihadapan perempuan..
tapi ada juga yang menghisap rokok kerana terpengaruh dengan faktor persekitaran seperti ayah dan abang2 serta kawan2.

bagi yang perempuan
pula..
mereka mula belajar menghias diri dengan pakaian-pakaian yang cantik,alat2 solek dan mula menjaga badan supaya sentiasa kelihatan menarik dimata lelaki.

dizaman remaja ini juga timbulnya perasaan saling memerlukan antara lelaki dan perempuan..
atau lebih dikenali sebagai cinta monyet.
tetapi dengan tahap pemikiran yang mereka ada,mereka mengagung-agungkan apa yang mereka rasa sampai ada yang sanggup menggadaikan maruah diri kepada lelaki sebagai bukti cinta yang tidak berbelah bahagi.

maka,lahir lah anak2 haram yang dibuang di dalam tong sampah,di tepi2 longkang dan juga di depan masjid.

di zaman remaja ini juga mereka mula mengenal minat masing-masing...
ada yang minat dengan sukan,ade yang minat dengan muzik dan bermacam-macam lagi.
persahabatan menjadi tajuk utama dalam hidup pada ketika ini.
ada kalanya apa yang dikatakan oleh kawan-kawan yang lebih dipatuhi walaupun berbagai nasihat telah diberikan oleh ibu bapa..
alasan mereka..ibu bapa tidak paham apa yang mereka rasa..haha..
ibu bapa mereka tidak pernah mengalami alam remaja ke? :p
sehinggalah bila melangkah ke alam dewasa..
segalanya berubah..
corak hidup perlu ditentukan sendiri..
tiada lagi bimbingan dari guru2 dan ibu bapa..

kawan-kawan???
kemana kawan-kawan menghilang?
dizaman ini barulah kita sedar bahawa sukar untuk mencari kawan yang sejati.
segalanya akan berubah bila kita susah..
apabila ego menguasai diri..tiada apa yang dapat menghalang..
kecuali sentiasa berfikiran rasional dan tidak bertindak mengikut perasaan..

hari demi hari dilalui dengan penuh ketabahan..
mengharungi liku-liku hidup yang pastinya penuh dengan cabaran..
menghadapi masa susah dan senang..
mengharungi hidup berkeluarga bagi mereka yang berkahwin..

dan sehinggalah ajal datang menjemput pulang kesisi yang maha esa..

begitulah kitar hidup kehidupan kita

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

in life, always treat problems as the oppurtunities for improvement and always learn from mistakes..

Tanpa Nama berkata...

teringat karangan mase pmr...hehe

Tanpa Nama berkata...

hidup...betapa susahnya kehidupan di dunia...kdg2 disebabkan tekanan yg sedikit, kte dah penat, putus asa...tp masih ramai di luar sana yg berjuang utk hidup, sama ada utk mencari kebahagiaan, mknn, keselesaan dll...
jgn pernah melupakan mereka yg pernah bersama2 kte dlm menghadapi hidup ini...dan andainya kte rase bhw kte bersendirian dan tiada siape yang peduli, yakinlah bhw Allah sentiasa bersama kte...
hidup, dihargai apabila kte masih berpeluang..tp jgn pernah terlupa akan kematian...yg menjanjikan kehidupan kekal abadi...

Tanpa Nama berkata...

good try...1 crita yg menarik..
terus kn usaha...

mrberett berkata...

thanx fren coz bace blog aku..
rajin2 la tgk page ni k..

amusynuraisha berkata...

nice story,....byk btul kisahnya...