Isnin, 17 Ogos 2009

sesuatu itu...

saat terang yang begitu pasti...
tiba gelap datang menyelubungi...
lantas hilang semua cahaya...
lantas hilang semua punca...

ramai tertewas disitu...
ramai terjatuh disitu...
ramai tertanam disitu...
yang hilang dari wujud juga disitu...

bila rasa itu mati...
tiada lagi kecil,muda atau tua...
miskin,hina atau kaya...
perempuan,lelaki atau keduanya...
semuanya jadi sama...

jangan biarkan matamu buta
jangan biarkan jiwamu tiada...
jangan biarkan hatimu kosong...
hanya kerna sesuatu itu...

kerana dunia ini penuh dengan sesuatu yang lebih bermakna dari sesuatu itu...

4 ulasan:

dya berkata...

'jangan biarkan matamu buta
jangan biarkan jiwamu tiada...
jangan biarkan hatimu kosong...
hanya kerna sesuatu itu...'

suka part ni
sgt membawa makna bg sy :)

mrberett berkata...

terima kasih jumana kerana menyukai...

mungkin hanya rasa kamu tapi bukan yang lain...

aku juga masih berusaha untuk kesatu tahap lagi :)

LavENDer Wind berkata...

~apakah 'sesuatu itu' dalam tulisanmu?

apakah itu cinta?

mrberett berkata...

sesuatu itu mengikut apa yang kamu faham lavender...

untuk aku..ia semuanya...kerana itu aku gantikan semuanya menjadi sesuatu itu..