member...
dulu aku sangka kita ini...
seperti teman yang rapat...
seperti adik dan abang...
seperti darah daging...
rupanya cuma khayal...
member...
dibelakangku rupanya...
kau kata aku ini teruk...
kau kata aku ini buruk...
kau kata aku ini busuk...
kau kata aku ini tahi...
aku tahu semuanya...
member...
jangan kau berpura memanggilku sahabat...
kerna kau tidak tahu apa maksudnya itu...
kenali...selami...dalami semuanya dulu...
kalau bukan untukmu...
jangan getarkan bibir...
jangan gerakkan lidah...
untuk sebut perkataan itu...
member...
kini kau datang kepada aku...
kerana apa?
kerana kau tiada tempat berlindung...
kerana kau tiada tempat berteduh...
kerana kau tiada tempat berhibur...
kerana kau tiada gadis untuk meneman tidur...
member...
marilah sini...
mari datang pada aku...
mari datang pada si teruk...
mari datang pada si buruk...
mari datang pada si busuk...
mari datang pada si tahi...
mari jadi LANGAU sampai mati.
7 ulasan:
langau = lalat
kan?
siapa aku dalam imej ini
apakah aku setia kawan
atau kekasih yang berselidung atas nama teman
hye member ke mana kamu pergi menghilang..??
Ramai manusia seperti langau ni dalam kehidupan kita ni..time susah baru ingt member..betul tak ..he he
hi..mcm marah je..t.care mr brett..biarkan mereka yg terus nak jd mcm tuh..
Syahidah : langau = lalat besar yang makan tahi
lavender wind: aku dalam imej ini mengikut apa yang kamu fahami
teruterubuzu : tidak menghilang cuma terhimpit dengan waktu
nur ilham : itulah realiti dunia hari ini..aku jadi sakit
kasuthitamku : marah itu ada,tetapi kasihan itu lebih banyak kerana kasihankan mereka yang akan susah sendiri dimasa kelak
teruknyer member tu..
tapi besa ler.. manusia...bila senang ilang..bila susah nak kongsi kesusahan tu dgn org lain..huhuhuuuu
Catat Ulasan