Jumaat, 11 Januari 2008

Andai Ku Tahu


Andai ku tahu...
tiada gembira ketika sepi
tidak ku duduk bersendiri

Andai ku tahu...
tiada seindah mu untukku
tidak ku pergi meninggalkanmu

Andai ku tahu...
debunga kan gugur layu
tidak ku menabur baja

Andai ku tahu...
kesilapan tidak akan pernah terampun
tidak akan ku lakukan walau sekali pun

Andai ku tahu...
hidup ini penuh kesangsian
tidak ku minta dilahirkan


kerana dunia ini...
penuh dengan dongengan
penuh dengan dusta
kata-kata indah bermusim

kerana hidup ini...
tidak lagi bisa meyakinkan
semuanya untuk kebaikan bersama


aku sayang kamu..................................................



Tiada ulasan: