Rabu, 14 Januari 2009

Antara dua pilihan...Kerjaya atau Pelajaran

Kubiarkan saja masa yang lampau pergi begitu sahaja,
Terlalu banyak pahitnya jika mahu dikenangkan,
Dan perjalanan ini mesti diteruskan,
Kerana masih ada sesuatu yang belum ku capai...

Seperti seorang yang mempunyai dua watak yang terlalu berbeza dalam diri dan sering mengalami konflik dalam diri sendiri hanya kerana dua watak ini.Setiap manusia mempunyai dua watak dalam diri sendiri.Jika tahu bagaimana untuk mengawalnya,maka kita akan nampak normal dan waras seperti biasa.Tetapi,jika kita gagal mengawal watak tersebut...kesannya dapat kita lihat pada penghuni-penghuni rumah sakit jiwa.Itu adalah contoh bagi mereka yang gagal untuk mengawal watak yang ada dalam diri mereka.

Dalam hidup juga begitu..biasanya kita akan mempunyai dua pilihan dalam membuat sesuatu keputusan.Dan perkara ini yang biasanya membuatkan setiap orang tertekan kerana tersalah membuat keputusan.Tidak dinafikan ambo juga pernah tersilap membuat keputusan kerana terlalu ikutkan darah muda dan juga ego.Akhirnya,apabila sudah mampu berfikir dengan matang..perkara itu disesali tetapi tiada gunanya kerana kita tidak mampu untuk mengembalikan masa silam dan ia akan kekal sebagai sejarah dalam hidup kita.

Tetapi jangan disesalkan masa yang lampau kerana tidak ada seorang pun dari kira yang terlepas dari melakukan kesilapan dan juga menghadapi kegagalan.Sebagai manusia yang mampu berfikir dengan baik,perbaiki setiap kelemahan dan cuba belajar dari kesilapan yang pernah dilakukan.

Ada satu persoalan yang ingin ambo ajukan kepada sahabat-sahabat yang datang membaca di blog ambo ini.Antara pelajaran dan kerjaya,yang mana harus di utamakan?Situasinya begini,kerjaya sudah ada didepan mata dan hanya perlu berusah untuk berjaya tetapi keluarga meminta untuk meneruskan pelajaran.Ambo minta sahabat-sahabat untuk memberikan pendapat untuk dikongsi bersama.

Dan jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita gi Gaza sana.

Semoga berjumpa lagi..jangan lupa subscribe blog ni ya.. :)

Ahad, 11 Januari 2009

Gaza oh Gaza

Tatkala kita mensyukuri matahari pagi,
mereka mengharapkan ada sinar baru yang menyinari...
Sedang asyik kita bersarapan,
mereka berusaha melepaskan diri dari timbunan runtuhan...
Sedang kita lena dibuai mimpi indah,
mereka bersengkang mata menyabung nyawa...



Sedikit kata-kata yang menggambarkan suasana di Gaza sekarang.Sesungguhnya saudara-saudara kita disana sedang ditindas sedang kita disini hanya mampu menonton dari kaca televisyen sahaja.Ambo memohon jasa baik sahabat-sahabat semua untuk menderma bagi meringankan beban saudara-saudara kita disana dan jangan putus untuk mendoakan agar nasib mereka terbela.Mungkin kita tidak mampu untuk turun sama-sama berjihad dengan mereka tetapi iringilah jihad mereka dengan doa yang tidak putus-putus walau dimana jua anda berada.

Sesungguhnya mereka yang menzalimi itu lupa bahawa tidak selamanya mereka akan berada diatas dan mereka terlupa bahawa ada kuasa yang Maha besar sedang melihat apa yang mereka lakukan kepada saudara-saudara kita.

Entry kali ini setakat disini sahaja kerana terlalu sayu hati ini untuk menceritakan penderitaan yang sedang mereka alami di Gaza sana.

Foto-foto tentang apa yang terjadi di sana boleh dilihat melalui link ini(KLIK SINI).Buka mata,minda dan hati untuk melihat apa yang sedang terjadi pada dunia hari ini.

Jangan lupa untuk menjadi follower kepada blog ambo yang tidak seberapa ini.

Jumaat, 9 Januari 2009

Manusia itu saling memerlukan

Assalamualaikum semua...

Hari-hari yang ditempuhi pastinya membuatkan kita semakin matang untuk mengharungi liku-liku kehidupan kerana sudah menjadi lumrah manusia belajar dari kesilapan.Tetapi terlalu ramai yang takut untuk gagal dan akhirnya mereka menjadi orang yang tidak berani mencuba dan tidak mencapai apa-apa yang mampu membuatkan bibir mengukir senyuman tanda berpuas hati dengan apa yang telah diusahakan.Dan sesungguhnya kejayaan itu lebih bermakna dan berharga jika banyak halangan yang ditempuhi sebelum kejayaan dikecapi.Berani untuk mencuba dan menghadapi kegagalan bukan bermaksud gagal untuk selama-lamanya.

Melihat budaya masyarakat sekarang yang terlalu sibuk dengan urusan harian sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali jiran-jiran,ambo tertarik untuk menulis bahawa sesungguhnya manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain.

Jika dilihat tatkala hanya Adam di syurga,hidupnya sunyi dan apabila Hawa diciptakan hidupnya bagai disinari dengan cahaya yang terang benderang.Bukan cerita cinta yang ingin ambo coretkan disini tetapi hanya untuk menunjukkan bahawa manusia itu saling memerlukan.

Tanpa perlu melihat jauh,hanya jiran yang ada sebagai contoh.Semuanya terlalu sibuk mencari kemewahan hidup bagaikan tidak pernah terfikir untuk menjaga hubungan sesama manusia.Dan apabila ada waktu terluang,masa dihabiskan dengan menonton Astro.Siapa yang menghuni rumah ataupun banglo disebelah langsung tidak dihiraukan.Tetapi hanya akan ditegur dan diampu jika orang itu mempunyai pangkat yang tinggi ataupun pengaruh yang besar.Jelas manusia sekarang hanya berkawan jika ada kepentingan!!!

Kita harus sedar bahawa sebenarnya kita semua bersaudara dan kita saling memerlukan antara satu sama lain.Mungkin mereka lansung tidak membantu kita dalam urusan mengejar kemewahan hidup tetapi tidak bermaksud kita tidak memerlukan mereka dalam hidup ini.Sebagai contoh,apabila tiba masanya untuk kita kembali kepadaNYA,adakah kita sendiri yang akan menyucikan diri,solat jenazah dan juga mengebumikan diri sendiri?

Terlalu banyak sebenarnya kelebihan jika kita menjaga hubungan sesama manusia ini.Selain dari dapat mengeratkan perpaduan,kita juga dapat berkongsi buah fikiran.Jangan hanya duduk bersembang kosong sambil mengumpat.Tiada apa yang akan berubah jika begitu.

Dan ingin ambo tekankan sekali lagi pada entry kali ini bahawa kita sebagai manusia yang dikurniakan akal yang sempurna,gunakan akal yang diberikan dengan sebaik-baiknya.Sebagai permulaan untuk menjaga hubungan sesama manusia,cukuplah sekadar mengukir senyuman dan memberikan salam..tiada wang ringgit yang harus dilaburkan untuk bertindak sedemikian tetapi pulangan yang akan kita dapat suatu hari nanti pasti tidak ternilai harganya.

Selasa, 6 Januari 2009

Nikmat

Assalamualaikum semua...

Diharap sahabat-sahabat dalam keadaan sihat sejahtera.Ambo juga masih diberikan kesihatan yang baik walaupun dalaman(hati) ini kadang-kadang seakan terganggu dengan sedikit masalah yang akan melibatkan masa depan ambo.Walau apa sekalipun life must go on..wahh berbicara dalam bahasa asing yang selalu disanjung-sanjung di serata dunia..hehe

Dalam masa duduk bersendiri merenung masa depan yang bakal ambo tempuhi,ambo terfikir tentang nikmat.Ya,terlalu banyak nikmat yang diberikan kepada kita yang mungkin kita semua sedari atau juga tanpa kita sedari kerana tiadanya penghayatan dalam diri itu sendiri.

Berbicara mengenai diri ambo sendiri,rasanya secebis nikmat telahpun ditarik kembali.Mungkin kerana dosa-dosa silam dan juga kegagalan diri ambo sendiri mensyukuri nikmat yang diberikan membuatkan secebis nikmat itu ditarik.Penglihatan ambo yang semakin kabur dan juga tidak mampu menahan silau walaupun sedikit membuatkan ambo terpaksa menjadi seorang yang berkaca mata sekarang.Mungkin kerana ambo gagal menggunakan mata yang diberikan dengan sebaiknya..(salah gadis-gadis la ni pakai sexy sangat..hehe)

Dan ini adalah wajah terbaru ambo...

(nampak macam tua sangat pulak kan..hee)

(cermin mata yang membuatkan ambo terpaksa mengikat perut untuk membayar)

Nasihat untuk sahabat-sahabat,hargailah setiap nikmat yang diberikan sebelum ianya ditarik kembali...

Sabtu, 3 Januari 2009

Maruah

Assalamualaikum semua...

Bagaimana dengan 2009 sahabat-sahabat semua?Sudah mula menampakkan tanda-tanda bahagia dan ketenangan hati?Walau apa pun permulaannya,jangan pernah berputus asa untuk mencapai yang terbaik dalam hidup ini.Kejayaan itu tidak akan datang bergolek jika kita hanya duduk bergoyang kaki tanpa berusaha untuk mencapainya.

Pada kali ini ambo ingin berbicara mengenai maruah...isu yang biasanya bisa membuatkan kita melenting naik darah bila ianya disentuh tanpa hormat.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka,maruah bermaksud harga diri.Ya,harga diri...satu perkara yang sangat kompleks untuk diterjemahkan.Tetapi ambo sering terfikir dimana sebenarnya harga diri itu terletak?Adakah pada anggota badan,pelakuan kita ataupun sebagainya?

Jika dikatakan harga diri ataupun maruah itu terletak pada anggota badan,sering kita terlihat mereka yang menjaja tubuh untuk santapan mata-mata yang tidak jemu-jemu untuk memandang.Dan apabila ditegur sinis,mereka akan berkata seperti ini..."i pon ada maruah,jangan nak cakap yang bukan-bukan macam i ni takde maruah pulak"...

Dan jika dikatakan bahawa maruah ataupun harga diri itu terletak pada perlakuan,boleh dibuat kesimpulan bahawa sebilangan besar anak muda tidak mempunyai maruah.Tidak kurang juga mereka yang sudah berumur yang tidak menjaga perlakuannya.

Tetapi kita cukup sensitif bila ditegur dan berasa seperti orang yang tidak bermaruah tanpa kita semua tahu dimana sebenarnya maruah itu dan apa ertinya maruah itu.Hanya bila rasa dihina,kita merasakan seperti mereka menganggap kita tidak bermaruah.

Kita diberikan akal yang cukup baik untuk berfikir tidak kira lah sama ada kita mempunyai pelajaran yang tinggi ataupun tidak.Gunakanlah akal yang diberikan dengan sebaiknya untuk memelihara maruah diri dengan sebaiknya.Bagaimana untuk memelihara maruah agama dan bangsa jika maruah diri sendiri juga masih belum terjaga???Renung-renungkan...