Assalamualaikum...
Entry kali ini lebih santai bagi mengelakkan tertekan dengan penulisan kawan yang entah apa-apa agaknya..hehe
Pada kali ini nak berkongsi sedikit tentang magic yang ada pada microsoft dan juga simbol yang tersembunyi pada Yahoo massenger...enjoy
Magic di Microsoft:
>> An Indian discovered that nobody can create a FOLDER
>>anywhere on
>> the
>> Computer which can be named as "CON". This is something
>>pretty
>> Cool...and Unbelievable.... At Microsoft the whole Team,
>> couldn't
>> answer why this
>> happened!
>> TRY IT NOW ,IT WILL NOT CREATE " CON " FOLDER
>>
>>
>> MAGIC #2
>>
>> For those of you using Windows, do the following:
>>
>> 1.) Open an empty notepad file
>> 2.) Type "Bush hid the facts" (without the quotes)
>> 3.) Save it as whatever you want.
>> 4.) Close it, and re-open it.
>>
>> is it just a really weird bug? :-??
>>
>>
>> MAGIC #3
>>
>> Microsoft crazy facts
>>
>> This is something pretty cool and neat...and
>>unbelievable... At
>> Microsoft
>> the whole Team, including Bill Gates, couldn't answer why
>>this
>> happened!
>>
>> It was discovered by a Brazilian. Try it out yourself...
>>
>> Open Microsoft Word and type
>>
>> =rand (200, 99)
>>
>> And then press ENTER
>> Then see the magic...................
Hidden Emoticons pada Yahoo Massenger:
:o3 puppy dog eyes - New!
:-?? I don't know
%-( not listening
:@) pig
3:-O cow
:(|) monkey
~:> chicken
@};- rose
%%- good luck
**== flag
(~~) pumpkin
~O) coffee
*-:) idea
8-X skull
=:) bug
>-) alien
:-L frustrated
[-O< praying
$-) money eyes
:-" whistling
b-( feeling beat up
:)>- peace sign
[-X shame on you
\:D/ dancing
>:/ bring it on
;)) hee hee
:-@ chatterbox
^:)^ not worthy
:-j oh go on
(*) star
o-> hiro
o=> billy
o-+ april
(%) yin yang
So apa tunggu lagi,jadikan YM lebih meriah dengan simbol-simbol ini ...Adios
Khamis, 27 November 2008
Selasa, 25 November 2008
Tentera@Askar
Assalamualaikum...
Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang sudi memberikan pandangan dan pendapat kepada entry yang sebelum ini iaitu C.I.N.T.A.
Terasa seperti apa yang cuba ku sampaikan kepada semua berjaya pada kali ini.Ya,rasa terharu yang teramat sangat kerana ada yang sudi untuk meluangkan masa untuk membaca apa yang ku contengkan disini.
Walaupun apa yang cuba ku ketengahkan hanyalah kisah perjalanan hidup sendiri,diharap dapat memberi kesan kepada para pembaca.
Ok..pada kali ini kawan tertarik untuk menulis tentang tentera.
Apa itu tentera?Apa tugas tentera kat Malaysia ini?Makan gaji buta ke?
Itu antara persoalan yang sering timbul didalam minda rakyat Malaysia apabila berbicara tentang tentera.
Tidak dinafikan apa yang rakyat Malaysia lihat hanyalah tentera yang gayanya hebat tanpa mereka tahu apa yang dilakukan oleh mereka yang bergelar tentera ini.Mungkin inilah yang menyebabkan timbulnya persoalan-persoalan seperti diatas.
Sebenarnya,tugas tentera adalah untuk menjaga keselamatan negara.Di setiap sempadan,tentera di tempatkan untuk mengawal keselamatan negara dari dicerobohi oleh pendatang mahupun pengganas.
Dikala negara aman,tugas mereka ialah melakukan latihan didalam kem dan juga operasi sebagai persediaan untuk segala kemungkinan yang mendatang.Ya,sudah pasti orang awam tidak mengetahui apa yang mereka lakukan didalam kem kerana semua itu rahsia negara.Jika orang awam itu tahu apa latihan mereka,apa senjata yang mereka gunakan,sudah pasti ini akan membahayakan negara jika orang itu menjadi pembelot.
Tetapi apa logiknya tentera didunia ini?
Ini persoalan yang bermain di minda kawan sekarang ini.Apa logiknya tentera masih ditubuhkan?Tugas tentera menjaga keselamatan negara dan ada kalanya mereka dihantar sebagai tentera bantuan kepada negara-negara yang sedang berperang.Jika dunia ini tidak lagi berlaku peperangan dan setiap negara hanya menumpukan untuk memajukan negara sendiri,sudah pasti tidak perlu diwujudkan lagi tentera ini.Cukup dengan polis yang bertugas untuk menjaga keselamatan dalam negara...Renungkan

Jumaat, 21 November 2008
C.I.N.T.A
assalamualaikum semua..
Pada kali ini kawan terpanggil untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu yang pasti semua orang tahu ertinya iaitu cinta.
Terasa macam jiwang la pulak bila hendak berbicara soal cinta.Tapi yang pastinya semua orang pasti merasai cinta.Jiwang atau tidak bukan persoalannya..hehe.
Kata orang tua-tua,"dari mata jatuh ke hati".Masih relevan kah dengan keadaan sekarang?Kalau kita lihat zaman dulu-dulu,anak-anak dara hanya duduk di rumah membantu keluarga.Bila tiba masa dan umur yang sesuai,mereka akan dikahwinkan dengan jejaka pilihan keluarga.Tetapi zaman sekarang,masih ada kah anak-anak dara yang mahu jodoh mereka ditentukan oleh keluarga???
Sejak zaman sekolah kita semua sudah mula berjinak-jinak dengan cinta.Pada masa itu walaupun kita menyedari semua itu hanya cinta monyet,dengan bersungguh kita menafikannya.Mungkin faktor usia mengatasi segalanya.Zaman remaja,semuanya mahu di cuba.
Apabila sudah meningkat dewasa barulah kita menyedari semua itu hanya cinta monyet.Tetapi,tidak dinafikan ada yang kekal hingga ke jinjang pelamin.Mungkin kesungguhan yang tinggi dan rasa sayang yang mendalam membuatkan mereka berjaya mengatasi segala cabaran dan rintangan.Bukan mudah untuk mengekalkan satu-satu perhubungan untuk tempoh masa yang panjang.Sedangkan lidah lagikan tergigit,inikan kita pula..dapat fikir kan?hehe
Namun,apa yang cuba diketengahkan disini ialah nilai cinta itu.Semahal manakah kita meletakkan nilai cinta itu?
Seharusnya kita menghargai sesuatu perhubungan itu dengan sebaik-baiknya.Cinta itu harus disulam dengan kasih sayang,keikhlasan dan kejujuran bukannya dengan hawa nafsu dan zahir semata.Apa yang kita lihat sekarang tidak akan kekal lama kerana ini semua hanyalah pinjaman dari yang esa.
Dapat kita lihat di sekeliling,mungkin jiran-jiran dan juga kawan-kawan kita.Bercinta kemudian putus dan mencari pasangan baru.Perkara yang sama berulang sehinggakan kita tidak tahu dimana penghujungnya.Begitu murahkah harga cinta itu sehingga begitu mudah untuk bertukar-tukar pasangan seperti menyalin pakaian harian.
Namun begitu,dalam kita asyik lena bercinta jangan kita lupa untuk mencintai pencipta kita.Manusia mungkin akan meninggalkan kita tetapi jika kita mencintai DIA,pasti terjamin hidup kita.Bukan menghasut untuk tidak bercinta dengan manusia,tetapi jadikanlah DIA cinta yang pertama dan insan yang kita cintai tetap dibawahnya..renung-renungkan.

Selasa, 18 November 2008
Berakhirnya Sebuah Penyiksaan
Assalamualaikum semua...
Setelah sekian lama membiarkan blog ini seperti tidak mempunyai tuan punya,kini ambo kembali semula untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan yang ada.
Minggu peperiksaan memang satu period yang sangat menyiksakan bagi kami yang masih bergelar student.Ya..masa ini lah kalau kita hendak tengok ragam-ragam manusia yang dalam kekalutan untuk mengulangkaji pelajaran.Satu sem punya silibus bukan sikit tambah pulak kalau banyak subjek yang diambil..memang confirm serabut.
Kadang-kadang terfikir juga,siape orang yang mula-mula memperkenalkan sistem peperiksaan ni?Mesti die orang yang paling beruntung di dunia ni kerana tidak pernah mengambil peperiksaan..hehe..
Walau apa pun,kepada yang masih ada paper lagi..all da best ok..Jangan jeles sebab ambo dah boleh berblog semula..hehe..Adios

Selasa, 11 November 2008
exam oh exam
Assalamualaikum kawan-kawan...
Maaf dipinta kerana lama tidak mengemaskini blog ini..huhu.Almaklum lah tengah sibuk bertungkus lumus dengan exam.Rase macam tak sabar nak keje je..huhu..apa pun..wish me luck k..
kalau ada masa sila lah layari website melayukini

Langgan:
Catatan (Atom)